Trend gubahan hantaran perkahwinan sentiasa berubah saban tahun. Daripada hiasan klasik tepak sirih sehinggalah trend moden di mana dulangnya lebih santai dan terbuka, semuanya ada ciri-ciri tarikan yang tersendiri. Namun, persoalan yang paling utama adalah apakah idea-idea gubahan hantaran yang paling terkini, terutamanya untuk tahun 2017/2018? Haaa…kalau nak tahu lebih lanjut, baca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui Trend & Idea Gubahan Hantaran Perkahwinan yang terkini!

Trend #1 – Hiasan Bunga Segar

Source: Idienarozaidi.blogspot.my

Trend menggunakan hiasan bunga segar akan terus menjadi kegemaran ramai bakal pengantin pada tahun ini. Berbanding bunga plastik, bunga segar seperti ros, carnation, tulip, orkid, dan hydrangea mempunyai warna pastel yang nampak lebih menyerlah. Selain itu, ia juga memberikan satu haruman yang menarik kepada dulang-dulang hantaran perkahwinan anda.

Source: Pinterest.com

Hiasan bunga segar tidak perlu terlalu sarat. Beberapa kuntum bunga sudah cukup untuk mengindahkan gubahan anda. Selalunya, ia diselit di hujung dulang. Ada juga yang memilih untuk meletakkannya di sekeliling dulang. Semuanya terpulang kepada kreativiti penggubah tersebut! Antara penyedia perkhidmatan perancangan perkahwinan yang mengetengahkan penggunaan bunga segar di dalam pakej perkahwinan mereka adalah Kekabu House of Wedding dari Batu Caves.

Trend #2 – Hiasan Hantaran Kahwin Sangkar Burung

Source: Pretty-hantaran.blogspot.com

Satu lagi trend dan idea gubahan hantaran perkahwinan yang terkini adalah hiasan di dalam sangkar burung. Ini bukanlah satu inspirasi gubahan tradisional Melayu. Tetapi, lebih kepada mengambil idea daripada perkahwinan Inggeris.

Source: Pinterest.com

 

Sangkar burung yang berwarna putih ini membantu menyerlahkan lagi barangan hantaran perkahwinan yang elok terletak di dalamnya. Ada yang menambahkan hiasan reben serta rona warna pastel daripada bunga-bunga segar. Yang menariknya, para pembawa dulang juga pasti akan berasa lebih mudah untuk mengangkat hantaran sebegini.

Trend #3 – Kotak Kaca

Source: Pinterest.com

Dulang bertingkat atau kotak hantaran adalah antara pilhan tapak gubahan hantaran terkini yang disukai oleh ramai para pengantin. Namun, pada tahun ini, kotak kaca semakin menjadi pilihan ramai. Ianya lebih moden dan anggun.

Source: Pinterest.com

Barangan hantaran akan tampil lebih menyerlah dek pantulan cahaya berkilat dari kotak kaca ini. Ada juga yang memilih untuk menggunakan balang kaca. Yang pastinya, ia tidak memerlukan hiasan yang terlampau sarat. Cukup sekadar susunan barangan yang kemas dan mungkin beberapa kuntum bunga segar!

Trend #4 – Barang Hantaran Berbentuk Aset

Source: Emasnperak2u.blogspot.my

Jika dahulu, kita selalu melihat set pakaian atau makanan sebagai barang hantaran. Namun, pada zaman kini, anak-anak muda lebih terpelajar dan mula sedar tentang kepentingan menyimpan aset untuk hari depan. Jadi, selalunya, bakal pengantin akan meletakkan kunci-kunci aset mereka di atas dulang. Ini telah menjadi trend gubahan hantaran 2015 dan trend gubahan hantaran 2016. Ia mungkin akan berterusan untuk beberapa tahun akan datang.

Source: Cahayamata123.blogspot.my

Antara aset paling hot yang menjadi pilihan pengantin untuk ditayangkan di atas dulang adalah rumah, kenderaan, jongkong emas, dan ada juga yang meletakkan buku simpanan mereka dengan sejumlah wang yang banyak! Seperti contoh, pasangan selebriti popular Fizo Omar dan Mawar Fareeda telah menghadiahkan Ducati dan Vespa kepada satu sama lain!

Trend #5 – Hiasan Kayu Pallet

Source: Pinterest.com

Kayu palet sememangnya semakin menjadi pilihan ramai. Tengok sajalah di kafe-kafe hipster dan di rumah-rumah anak muda zaman sekarang. Banyak material kayu palet telah digunakan. Ianya bukan sahaja murah, namun nampak kemas dan cool pada masa yang sama.

Source: Pinterest.com

Jadi, tidak mustahil jika para pengantin zaman moden ini gemar untuk menggunakan hiasan kayu palet pada gubahan hantaran perkahwinan mereka. Sama ada digunakan sebagai dulang hantaran mahupun aksesori perhiasan dulang tersebut.

Trend #6 – Tema Serba Putih

Source: Pinterest.com

Jika dua tiga tahun kebelakangan ini, ramai yang memilih untuk menggunakan tema warna pastel seperti kuning cair, pink muda, dan baby blue, kini mungkin tema serba putih lebih menjadi pilihan. Ia melambangkan kesucian perkahwinan itu sendiri, dan pada masa yang sama, tampil ringkas tetapi indah!

Source: Bp.blogspot.com

Antara pilihan bunga segar untuk tema serba putih adalah bunga tulip, lily, dan ros putih. Ia amat bersesuaian dengan konsep perkahwinan Inggeris dan sangat sesuai untuk kedua-dua dulang hantaran nikah mahupun majlis perkahwinan. Antara perancang perkahwinan yang gemarkan konsep indah serba putih sebegini adalah Mega Bridal Creations dari Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Trend #7 – Alas Bantal Sebagai Dulang

Source: Saya-mahu-kahwin.blogspot.my

Lagi satu trend yang kami rasa semakin mendapat tempat di hati bakal raja sehari adalah alas bantal yang dijadikan sebagai dulang. Dengan konsep ini, para pengantin tidak perlu menghabiskan wang membeli dulang dengan banyak. Siapa yang akan memakai dulang-dulang ini selepas majlis perkahwinan nanti?

Source: Adreamof2dove.blogspot.my

Tetapi, dengan pilihan bantal sebagai dulang, ia dengan mudah boleh digunakan sebagai bantal tidur selepas majlis nanti – bijak dan praktikal! Yang lebih penting, ia juga tampil mudah dan cantik apabila dipadankan dengan barang hantaran perkahwinan.

Trend #8 – Hadiah Hantaran Gajet dan Alat Elektronik

Source: Iamyourgurupntay.blogspot.my

Jika dahulu, kebanyakakan daripada kita meletakkan kek, buah, telekung dan set pakaian atau kasut, kini barangan gajet serta elektronik menjadi pilihan ramai. Ianya bukan sahaja moden malah praktikal. Hadiah hantaran gajet ini bukan sahaja menjadi penghias dulang, malah turut boleh terus digunakan selepas majlis perkahwinan tersebut selesai.

Source: Ilyasyazwanie.wordpress.com

Antara barangan elektronik yang sering diletakkan pada dulang perkahwinan adalah seperti iPhone, telefon pintar Samsung, tablet, kamera DSLR, dan ada juga yang meletakkan laptop. Selalunya, barangan ini di tampilkan di dalam bentuk kotaknya sahaja. Ianya kosong tanpa sebarang gajet sebenar di dalamnya (untuk elakkan kecurian atau rosak akibat terjatuh dari dulang). Dengan cara ini, anda dapat menghasilkan gubahan hantaran simple, tapi masih lagi eksklusif dan mencuri perhatian.

Trend #9 – Dulang Tembaga Perak

Source: Kerjakahwin.blogspot.my

Walaupun arus moden dan teknologi semakin laju berkembang, namun masih ada trend dan idea gubahan perkahwinan terkini yang memilih untuk mengekalkan adat tradisi Melayu. Dari aspek kebudayaan ini, kami merasakan yang dulang tembaga perak masih akan kekal menjadi pilihan ramai para pengantin, terutamanya mereka yang inginkan tema perkahwinan melayu tradisional.

Source: Kerjakahwin.blogspot.my

Dulang tembaga perak mempunyai warna yang bersinar dan mampu menaikkan seri barangan gubahan. Ramai perancang perkahwinan akan menggunakan dulang seperti ini, khasnya bagi perkahwinan berkonsepkan kerajaan melayu lama atau melayu klasik. Sebagai contohnya, perancang perkahwinan Kerja Kahwin Design & Collections.

Seperti yang anda lihat di atas, kebanyakkan trend gubahan hantaran kahwin yang terkini banyak menggunakan elemen bunga-bungaan, kayu, dan warna serta barangan perkahwinan yang ringkas. Ia bukan sahaja cantik malah praktikal. Pilihan trend sebegini memudahkan proses memadankan dulang hantaran dengan tema majlis pertunangan atau perkahwinan secara keseluruhannya.

Source: Exclusivemydecor.blogspot.com

Jika anda mempunyai sebarang idea atau pendapat tentang idea gubahan dulang hantaran kahwin yang terkini, jangan lupa untuk berkongsi dengan kami. Tinggalkan komen anda di ruangan bawah ini. Kami ingin mendengar dari anda dan yang pastinya, para pengantin lain juga pasti akan mendapat manfaat daripada perkongsian anda itu! Merujuklah 10 Tips Memilih Barang Hantaran Perkahwinan article kami.

Comments

  1. Generally I don't learn article on blogs, but I would like to say that this write-up very pressured me to take a look at and do it! Your writing taste has been surprised me. Thanks, quite nice article.

  2. It has been predicted that this model will need the entire world by storm with all the functions it promises to offer. The Korean tech giant's third instalment in the Galaxy S series looks set to be every bit as successful since it's predecessors, the first Galaxy S and also the highly popular (record breaking, the truth is), Galaxy S2. Earlier models suffered from a slight delay when you physically go ahead and take photograph and when the image was captured.

  3. I’m not that much of a internet reader to be honest but your sites really nice, keep it up! I'll go ahead and bookmark your site to come back in the future. All the best

  4. Ηello! I simply wish to offer you a big thumbs up fοr your excellent info you have got riցht here on tһis post. I am returning to уoսr site for more soоn.

  5. I seriously love your website.. Pleasant colors & theme. Did you make this website yourself? Please reply back as I?m planning to create my own personal website and want to find out where you got this from or what the theme is named. Appreciate it!

Leave a Reply