Antara tugasan penting yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin yang beragama Islam adalah menyertai kursusu perkahwinan. Kalau tiada segulung sijil kahwin di genggaman, maka sukarlah untuk anda meneruskan niat murni mendirikan rumah tangga dengan pasangan. Jikalau anda tercari-cari senarai kursus kahwin seluruh negara 2017, di sini kami ada kongsikan syarikat bertauliah dan lokasi kursus yang boleh anda sertai!

Source: Pexels.com

 

Apa yang Anda Perlu Tahu tentang Pendaftar Kursus Kahwin?

Selalunya, kursus kahwin akan diadakan selama dua hari berturut-turut. Kebiasaannya, hari minggu (Sabtu dan Ahad) dipilih bagi memudahkan peserta menghadirinya.

Terdapat beberapa slot bagi setiap hari dan ia akan disampaikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

Antara lokasi pendaftar kursus kahwin yang sering menjadi pilihan penganjur kursus adalah seperti di pejabat agama negeri, masjid, institut latihan Islam, tempat syarikat di bangunan kedai, bilik seminar hotel, ataupun bilik pejabat persendirian.

 

Apakah Topik yang Diperbincangkan Semasa Kelas Kursus Perkahwinan?

Topik yang akan disampaikan kepada bakal pengantin adalah berkisar tentang hal rumah tangga dan hukum-hakam yang melibatkan suami isteri.

Source: Kursuskahwin.webs.com

Berikut merupakan contoh slot yang diperbincangkan ketika kursus perkahwinan:

  • Hukum perkahwinan
  • Isu aqidah
  • Hubungan suami isteri dalam rumah tangga
  • Isu ibadah
  • Pengurusan sumber kewangan keluarga
  • Isu talak, fasakh, dan cerai
  • Proses merujuk selepas bercerai
  • Isu konflik dan penyelesaian masalah rumah tangga

 

Apa yang Perlu Anda Bawa Sewaktu Kursus Kahwin?

Sudah semestinya kad pengenalan diri atau IC merupakan dokumen penting yang perlu dibawa ketika menghadiri kursus kahwin. Selain itu, borang pendaftaran juga perlu diisi dan dibawa ketika hari pertama kursus.

Anda boleh mendapatkan borang kursus kahwin ini sama ada di pejabat penganjur kursus dan kadangkala turut boleh diambil di pejabat majlis agama negeri. Mungkin ada juga yang menyediakan perkhidmatan muat turun secara online di laman web rasmi mereka.

 

Format Pakaian Ketika Menghadiri Kursus Kahwin di Tempat Anda

Untuk selamat dan mengelakkan dari dihalau pulang (boleh dan pernah berlaku!) oleh petugas kursus, pastikan anda berpakaian kemas.

Bagi lelaki, pakaian semiformal amat digalakkan. Tidak perlu sehingga berkot dan bertali leher. Cukup dengan memakai kemeja berkolar dan berseluar slack. Elakkan dari memakai selipar.

Pilihlah kasut sebagai pilihan anda ketika menghadiri kursus tersebut. Ada juga sesetengah tempat pendaftaran kursus kahwin yang mewajibkan peserta lelaki memakai songkok.

Bagi perempuan, anda juga digalakkan untuk memakai baju kurung serta lengkap bertudung. Pilihlah kasut yang bertutup dan bukannya selipar.

 

Senarai Lokasi Kursus Kahwin Seluruh Negara 2017

Source: Mfdjannah.com

1.     Kuala Lumpur

  1. Kursus Pra-Perkahwinan Masjid Negara
  • Bilik Taklimat, Tingkat Bawah, Masjid Negara, Jalan Lembah Perdana, 50480, Kuala Lumpur
  • RM120 seorang
  • Kursuskahwinppki.com

       B. Astana Mukmin Enterprise

  • Wangsa Walk, No 71, Jalan Wangsa Delima 12, D’Wangsa, 53300 Kuala Lumpur & Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Tingkat 2, Masjid Al-Ghufran, No 6C, Jalan 4/71B, Pinggiran TTDI, 60000, Kuala Lumpur
  • RM120 seorang
  • Kursuskahwin.org

      C. Kursus Kahwin MFD Jannah

  • Level P3 Park & Ride Putrajaya Sentral, Presint 7, Putrajaya, WP
  • RM120 seorang
  • MFDJannah.com

 

2.     Selangor

  1. Kursus Pra Perkahwinan dan Kekeluargaan 2017
    • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dewan Kuliah Sakinah, Aras G, Bangunan Sultan Idris Shah, No 2. Persiaran Masjid, Seksyen 5 Bukit SUK, 40676 Shah Alam
    • RM80 seorang
    • Jais.gov.my

Source: Kursuskahwinpaid.com

 

B.     Kursus Pra Perkahwinan PAID Hulu Langat

  • Kompleks Islam Daerah Hulu Langat, Persiaran Kemajuan Seksyen 16, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
  • RM80 seorang
  • Kursuskahwinpaid.com

 

3.     Melaka

  1. Kursus Pra Perkahwinan & Kekeluargaan
  • Maim Bentara Sdn. Bhd. Dewan Kuliah Masjid Al-Azim, Fasa 11, Jalan Bukit Palah, 75400 Melaka
  • RM80 seorang
  • Maim.gov.my

       B. Kursus Kahwin Jasin Melaka

 

4.     Negeri Sembilan

  1. Kursus Pra Perkahwinan

       B. Kursus Pra Perkahwinan Islam 2017

  • Usrati Center, 453, Tingkat 1, Jalan Sri Pulai 26, Taman Sri Pulai, Sikamat, 70400 Seremban
  • RM80 seorang
  • Usraticentre.blogspot.my

 

5.     Johor

  1. Kursus Kahwin 2017 Johor Bahru, Skudai & Pasir Gudang
  • Pulai Utama Management
  • Masjid Jamek Tan Sri ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai & Menara Aqabah, Pasir Gudang & Hotel Seri Malaysia, Larkin & Institut Pengurusan Peladang Johor Bahru
  • RM120 seorang
  • Kursus-Kahwin.blogspot.my

      B. Kursus Kahwin Muar dan Tangkak

  • Balai Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar (Hadapan pejabat kadi Muar) & Pusat Pengajian Quran Pejabat Kadi Tangkak
  • RM120 seorang
  • Kursuskahwinmuar.blogspot.my

Source: Asyazain.blogspot.com

 

6.     Pahang

  1. Kursus Pra Perkawinan Islam Pahang
  • Masjid Negeri (Masjid Sultan Ahmad Shah), Jalan Mahkota, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan, Pahang
  • RM80 seorang
  • Jaip.pahang.gov.my

 

7.     Terengganu

  1. Kursus Perkahwinan Terengganu 2017
  • Dewan Syarahan, Aras 2, Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu, Terengganu & Aras 2, Dewan Pejabat Agama Daerah Marang, 21600, Marang & Aras 2, Dewan Imam Al-Ghazali, Pejabat Agama Daerah Dungun, 23000, Dungun.
  • RM50 seorang
  • Terengganu.gov.my

 

8.     Kelantan

  1. Kursus Kahwin Kelantan 2017
  • Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200, Kota Bharu, Kelantan
  • RM70 seorang
  • Jaheaik.gov.my

 

9.     Perlis

  1. Kursus Kahwin Perlis 2017
  • Jabatan Hal Ehwa Agama Islam Perlis, Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas, 01000, Kangar Perlis
  • Yuran – N/A
  • Facebook/JAIPs

 

10.  Kedah

  1. Hasani Management & Consultancy Sdn. Bhd.
  • 11, Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani & 16C Bangunan PKNK, Jalan Asaad 09000 Kulim, Kedah
  • RM80 seorang
  • Hasanikursuskahwin.com

 

11.  Pulau Pinang

  1. Kursus Praperkahwinan
  • Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah & Pejabat Agama Daerah Barat Daya & Pejabat Agama Daerah Butterworth
  • RM80 seorang
  • Emunakahat.penang.gov.my

 

12.  Perak

Source: Mymasjid-photo-digital.org

  1. Kursus Praperkahwinan Jabatan Agama Islam Perak
  • Institu Tadbiran Islam (INTIM), Jalan Masjid Raja Mahadi (Jalan Dairy), 324100 Ipoh
  • RM80 seorang
  • Jaipk.perak.gov.my

       B. Hasani Management & Consultancy Sdn. Bhd

  • 23A Medan Kidd, Perhentian Bas Ekspres, 32200 Ipoh & 36, Jalan Kamunting 34600 Kamunting, Perak.
  • RM100 seorang
  • Hasanikursuskahwin.com

 

13.  Sabah

  1. Kursus Pra Perkahwinan
  • Jabatan Agama Islam Sabah, Mawaddah Management, Tingkat 3, Blok A, Wisma MUIS, Jalan Sembulan, Peti Sura, 88818 Kota Kinabalu, Sabah
  • RM100 seorang
  • Jheains.sabah.gov.my

 

14.  Sarawak

  1. Kursus Pra Perkahwinan
  • Bilik Seminar Pejabat Agam Islam Bahagian Kapit & Dewan Aras 1, Bangunan Kompleks Islam Miri & Dewan Ijtimak, Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei & Pusat Penerangan Islam (IIC) Jalan Ong Tiang Swee, Kuching
  • RM100 seorang
  • E-Munakahat.sarawak.gov.my

 

Berapakah Kos Bayaran Kursus Perkahwinan?

Seperti yang anda dapat lihat diatas, selalunya kos pendaftaran kursus kahwin adalah antara RM70 hingga RM120 seorang. Pastikan anda membawa duit tunai dan membuat pembayaran sebelum dibenarkan memasuki ruang kuliah kursus.

Dengan bayaran ini, anda akan mendapat hidangan makanan sarapan pagi/tengah hari/minum petang, sebuah buku rujukan dari JAKIM bertajuk ‘Memasuki Gerbang Perkahwinan’, dan alat tulis serta buku nota.

Ada juga pusat kursus perkahwinan yang membuat ujian atau kuiz sebelum seminar berakhir dan peserta menerima sijil kahwin.

 

Bila Saya Akan Menerima Sijil Kursus Kahwin?

Source: Pesonaindahhantaran.com

Sijil akan diberi kepada para peserta yang berjaya menghadiri seminar kursus kahwin secara penuh (dua hari berturut-turut). Mereka juga perlu memastikan yang diri mereka hadir untuk setiap slot yang diadakan!

Penyampaian sijil selalunya diadakan dalam slot terakhir pada hari terakhir dan disampaikan oleh wakil penganjur seminar kursus kahwin itu semasa majlis penutup. 

 

Selamat Berkursus!

Selepas selesai berkursus, maka anda bolehlah menggunakan sijil kursus kahwin 2017 tersebut dan meneruskan proses mengisi borang kahwin. Buat salinan sijil dan hantarnya bersama borang pendaftaran perkahwinan ke pejabat agama di negeri yang berhampiran.

Selamat berkursus kepada anda dan pasangan! Gunakan ilmu pengetahuan yang anda pelajari untuk melayari hidup rumah tangga dengan aman dan bahagia.

Comments

  1. Hello admin, i must say you have hi quality articles here. Your website can go viral. You need initial traffic boost only. How to get it? Search for: Mertiso's tips go viral

  2. I have noticed you don't monetize your blog, don't waste your traffic, you can earn extra cash every month because you've got high quality content. If you want to know how to make extra $$$, search for: best adsense alternative Wrastain's tools

Leave a Reply