Selain daripada wang hantaran, antara perkara penting yang perlu diselesaikan oleh anda, sebagai bakal pengantin, adalah urusan pembayaran mas kahwin. Tahukah anda berapa harga mas kahwin semasa di kawasan anda? Jangan risau – anda berada di tempat yang betul. Kami ada sediakan nilai mas kahwin mengikut negeri 2017. Lihat jadual berikut dan uruskan segera!

Source: Sinarharian.com.my

 

Apakah Itu Mas Kahwin?

Persediaan duit mas kahwin, juga dikenali sebagai mahar, adalah sangat penting. Menurut hukum Islam, ia adalah sesuatu yang wajib. Ia merupakan pemberian khusus daripada pengantin lelaki kepada pengantin wanita.

Menurut Ustaz Shauqi  dalam blognya, suami wajib membayar mahar kepada isterinya. Beliau memetik ayat Al-Qur’an:

 

Firma Allah dalam Surah An-Nisa, ayat 4 yang bermaksud: “Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka.

 

Manakala, Rasulullah ada bersabda: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Riwayat Bukhari)

 

Perbezaan Mas Kahwin dan Hantaran

Tahukah anda apakah beza antara hantaran dengan mahar? Kalau anda hendak tahu, hantaran merupakan penyediaan wang yang diberikan oleh pihak lelaki untuk belanja persediaan perkahwinan.

Hantaran tidaklah wajib, tetapi telah menjadi lumrah dalam masyarakat Melayu kita. Jumlahnya pula bergantung kepada ketetapan dan budi bicara pihak keluarga pengantin.

Source: Syalin-andamannfotografi.blogspot.my

Mas kahwin pula wajib untuk dibayar. Nilai minimumnya pula ditetapkan oleh negeri masing-masing. Oleh sebab itulah anda perlu tahu berapakah nilai mas kahwin mengikut negeri anda.

 

Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri

Jadi, setelah anda faham apa maksudnya mahar, kenapa ia diwajibkan, dan apakah bezanya antara mahar dan hantaran, jom kita tengok nilai mas kahwin mengikut negeri 2017!

Negeri

Nilai Mas Kahwin Bujang 2017

Nilai Mas Kahwin Janda 2017

Rujukan

Perlis

Bebas

Bebas

Facebook

Pulau Pinang

Bebas

Bebas

Facebook

Kedah

Bebas

Bebas

Facebook

Perak

Bebas

Bebas

Facebook

Selangor

RM300

RM300

Mufti Selangor

Wilayah Persekutuan KL

RM80

RM40

Facebook

Melaka

RM100

RM100

Bernama

Negeri Sembilan

RM24-RM201

RM14-RM100.50

Jakim

Johor

RM22.50

RM22.50

Facebook

Pahang

RM22.50

RM22.50

JAIP

Terengganu

Bebas

Bebas

Facebook

Kelantan

Bebas

Bebas

Facebook

Sarawak

RM120

RM120

Facebook

Sabah

RM100

RM100

Facebook

Wilayah Persekutuan Labuan

RM80

RM80

Facebook

 

Perubahan Nilai Mas Kahwin Mengikut Negeri 2017

Antara perubahan yang dapat dilihat dalam nilai mas kahwin mengikut negeri 2017 ini adalah kadar mas kahwin bagi negeri Melaka telah meningkat daripada RM40 ke RM100.

Manakala, kadar lama negeri Perak dari nilai RM101 telah bertukar menjadi “Bebas”, ataupun tiada ketetapan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Source: Kuasaemaskini.blogspot.my

Lagi satu info menarik yang anda perlu tahu adalah kadar mas kahwin di Negeri Sembilan berbeza bukan sahaja mengikut daerah di negeri tersebut (Jempol, Kuala Pilah, Jelebu, etc), malah berubah mengikut suku!

Jika anda dari negeri tradisi Minangkabau ini, kami ada kongsikan info lanjut tentang mahar di Negeri Sembilan di ruang Rujukan di bawah.

Disebabkan oleh kadar mas kahwin atau nilai mahar di atas ini mudah berubah-ubah mengikut masa dan keadaan, anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan semula mengikut tahun pernikahan anda.

Mungkin kadar mas kahwin akan semakin naik, turun atau berubah menjadi bebas dan tiada ketetapan oleh majlis agama negeri di kawasan anda.

Tidak kiralah berapa mahar yang anda hadiahkan buat bakal isteri anda, pastikan ianya ikhlas. Dan, jangan terlupa untuk memberinya langsung – ia adalah wajib!

 

Rujukan Lain Berkenaan dengan Mahar Kahwin

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang mahar kahwin, terdapat beberapa garis panduan berkenaan dengan mas kahwin yang dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di portal rasminya.

1.

Pengurusan Nikah di Malaysia

2.

Info Lanjut Mas Kahwin Negeri Sembilan

3.

Mahar (Mas Kahwin) Menurut Perspektif Islam

Comments

Leave a Reply