Menganjurkan majlis perkahwinan bukanlah satu tugas mudah. Banyak benda yang perlu kita fikir dan uruskan. Salah satunya adalah berkenaan dengan doorgift kahwin. Kalau anda sedang mencari-cari idea door gift perkahwinan untuk hari bahagia anda yang bakal berlangsung tak lama lagi, anda berada di tempat yang betul! Di sini, kami akan kongsikan dengan anda 30 idea doorgift yang unik dan menarik untuk majlis perkahwinan!

 

1.     Balang Madu

Balang Madu

Source: Somethingspecialtoyou.com

Antara idea doorgift perkahwinan menarik yang kami rasakan sesuai untuk anda adalah balang madu. Apa yang anda perlu cari adalah vendor yang menyediakan perkhidmatan penyediaan madu berkualiti. Kalau boleh, sertakan juga bekas balang yang sederhana besar. Mudahlah untuk anda memasukkannya ke dalam goodie bag nanti! Untuk memudahkan kerja anda, kami cadangkan untuk anda menempahnya dari Something Special to You. Bekasnya cantik, disertakan sticker khas, dan harganya berpatutan (RM3.40 sebekas)!

 

2.     Penanda Buku

Penanda Buku

Source: Blossomgift.com

Penanda buku yang dibuat secara customized untuk majlis perkahwinan anda juga adalah satu hadiah goodies bag kahwin yang boleh anda pertimbangkan. Ianya kompak, cantik, dan masih bersifat sentimental. Lagi-lagi kalau anda seorang yang gemar membaca buku. Kalau anda rasakan penanda buku kertas itu kelihatan murah dan boring, anda boleh menempah bookmark yang diperbuat daripada besi keluli atau aluminum. Memang nampak mahal!

 

3.     Jam Dinding Ikea

Jam Dinding Ikea

Source: Safiyyaaulfah.blogspot.my

Mungkin anda pernah melihat hadiah goodie bag dari Ikea? Ia sememangnya telah menjadi trend, kan? Ada banyak barang kecil dan menarik yang dijual di Ikea pada harga yang berpatutan, antara contohnya adalah Jam Dinding Ikea Rusch. Pada harga lebih kurang RM6 satu, anda boleh beli banyak-banyak, lekatkan sticker atau ikatkan reben untuk memberinya sentuhan peribadi.

 

4.     Bekas Garam dan Pepper Shake

Bekas Garam dan Pepper Shake

Source: Weddingkarren.com

Lagi satu idea doorgift kahwin yang menarik adalah set bekas letak garam dan lada hitam (atau orang panggil pepper shake). Sekarang ini, ada banyak bentuk bekas yang menarik di luar sana. Salah satunya adalah seperti bekas burung merpati putih dari Wedding Karren ini. Set Love Birds ini datang dengan bekas kotak yang cantik. Harganya? Anda pasti suka – hanya RM3.95 untuk setiap set!

 

5.     Mug Peribadi

Source: Mybulkprint.com

Lagi satu idea doorgift yang ramai pengantin zaman sekarang suka masukkan dalam beg cenderahati perkahwinan mereka adalah cawan mug. Selalunya ia datang sekali dengan cetakan peribadi untuk disesuaikan dengan tema sesuatu majlis. Jika anda sedang mencari vendor yang menawarkan harga berpatutan untuk cawan mug perkahwinan, cuba anda tengok My Bulk Print. Ada banyak design yang anda boleh pilih dan ia datang sekali dengan kotak khas!

 

6.     Tuala Mandi

Source: Rospink.blogspot.my

Anda inginkan doorgift kahwin murah yang praktikal, dan sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa? Kami ada lagi satu idea goodies kahwin untuk anda – tuala mandi (juga boleh dibeli di Ikea!). Ada banyak pilihan warna yang anda boleh pilih. Pastikan ia masuk dengan tema majlis perkahwinan anda. Untuk membuatkannya lebih istimewa, mungkin anda boleh menempah jahitan khas yang menunjukkan nama anda dan pasangan. Barulah tetamu anda tahu siapa yang memberikan tuala tersebut setiap kali dia menggunakannya!

 

7.     Balang Jem Buahan

Source: Theknot.com

Kalau anda lebih minat kepada memberi makanan atau manisan kepada tetamu majlis kahwin anda, mungkin anda boleh berikan balang jem buahan. Ianya sedap dan unik. Tak ramai pengantin yang memberikan jem buahan kepada hadirin majlis. Kalau anda pilih yang ini, bolehlah anda menjadi antara pengantin istimewa yang melakukannya. Yang penting, pastikan vendor yang anda pilih menyediakan jem yang berkualiti dan tahan lama.

 

8.     Botol Décor Pantai

Source: Myddns.de

Jika majlis anda bertemakan pantai, English atau santai, mungkin anda akan suka idea goodie bag kahwin yang seterusnya ini – botol décor pantai. Apa yang anda boleh buat adalah menempah botol kosong yang cantik. Ada banyak pembekal yang menyediakannya. Kemudian, masukkan hiasan berkonsep pantai seperti pasir halus, batu kerikil, batu pantai, tapak sulaiman mini, nota khas yang digulung dan ranting kering. Ianya cantik dan sesuai untuk dijadikan hiasan rumah oleh tetamu anda!

 

9.     Hot Chocolate dalam Balang

Source: Askwedding.com.my

Siapa yang tidak sukakan coklat kan? Kanak-kanak suka, orang dewasa pun gemarkannya. Jadi, idea doorgift kahwin terkini dan menarik seterusnya ini pasti dapat menambat hati tetamu anda. Apa kata anda berikan hot chocolate dalam balang? Antara vendor yang menawarkan pekhidmatan khas seperti ini adalah Gentilezza Enterprise. Mereka memasukkan hot coklat ke dalam bekas balang yang comel, diisi dengan marshmallow di atasnya, dan dihiasi dengan reben putih dan label khas. Memang cantik dan yang paling penting, sedap!

 

10. Booklet Yasin, Al-Kahfi & Ma’thurat

Source: Pinterest.com

Selalunya, pengantin yang bijak akan memilih hadiah cenderahati perkahwinan yang bukan sahaja bernilai sentimental dan peribadi, malah dapat memberikan saham akhirat. Kalau ini yang anda inginkan, kami cadangkan anda untuk memberi booklet mini surah Yasin. Anda juga boleh pilih booklet yang memasukkan surah amalan harian seperti Al-Kahfi dan Al-Mulk. Untuk zikir harian pula, anda boleh menempah buku mini Ma’thurat. Pasti pahala anda akan berpanjangan walaupun majlis kahwin anda sudah berakhir!

 

11. Sejadah Mini

Source: Yourlovenotes.blogspot.my

Lagi satu idea doorgift kahwin terkini yang unik adalah sejadah mini. Sejadah biasa mungkin terlalu besar dan agak mahal. Jadi, anda boleh memilih sejadah mini sahaja. Ia tidak kurang cantiknya! Malah, ramai yang suka membawanya ke masjid kerana senang untuk digendong dek saiz kecil sejadah mini ini. Untuk majlis anda, gulung dan ikat dengan reben yang besar untuk memberi impak eksklusif. Sertakan juga bersama booklet surah yasin seperti yang dicadangkan di atas jika anda ada bajet lebih!

 

12. Set Mufin

Source: Khamjoedesign.blogspot.my

Apakah jenis makanan yang kecil, sedap dan sesuai untuk dimasukkan ke dalam goodies bag kahwin kertas anda nanti? Sudah tentu set kek mufin. Anda boleh tempah pelbagai perasa dan yang pastinya, ramai para tetamu anda yang dapat menikmati kek tersebut. Harganya pun sekarang semakin murah dan berpatutan. Vendor pun mudah dicari. Anda hanya perlu membuat survey sahaja!

 

13. Botol Sabun Tangan

source: Ajiemyartsouvenir.blogspot.my

Seterusnya, botol sabun tangan. Ianya praktikal dan boleh digunakan oleh tetamu anda apabila mereka pulang ke rumah. Botol sabun tangan ini boleh dicustomized mengikut kesukaan anda. Pilih pewangi atau flavor yang anda gemari dan ikat reben pada penutupnya. Antara vendor yang ada menyediakan pakej botol sabun tangan sebagai hadiah doorgift untuk tetamu adalah Ajiemy Art. Botol yang disediakan bersaiz 100ml. Jadi, saiznya sederhana – mudah untuk dimasukkan dalam goodies bag kahwin anda!

 

14. Buku Nota Peribadi

Source: Ohsobeautifulpaper.com

Lagi satu hadiah perkahwinan untuk para tetamu yang boleh anda masukkan dalam goodie bag adalah buku nota peribadi. Ianya bersifat personal dan sangat eksklusif. Tak ramai pengantin yang memasukkan idea ini dalam beg cenderahati kahwin mereka. Jika anda inginkan ianya menjadi lebih ekonomikal, anda boleh pilih notebook yang nipis, reka sticker atau emblem anda sendiri, dan lekatkan pada muka hadapan buku tersebut. Pasti ianya tampil unik dan menarik!

 

15. Patung Figurin Pengantin

Source: Askwedding.com.my

Lagi satu idea goodies kahwin yang kami rasakan sangat unik adalah patung figurin pengantin. Ada satu vendor yang menyediakan perkhidmatan eksklusif ini, iaitu Mine Alesi. Harganya mungkin agak premium kerana setiap satu figurin itu boleh mencapai ratusan ringgit. Jadi, ia lebih sesuai untuk diberikan kepada keluarga pengantin belah lelaki atau perempuan, mahupun untuk saudara dan kenalan rapat. Tidak perlu untuk dimasukkan dalam goodies bag kahwin untuk tetamu umum yang lain.

 

16. Minyak Wangi

Source: Flickr.com

Lagi satu idea doorgift kahwin yang menarik adalah pemberian minyak wangi. Hadiah ini pasti disukai ramai. Untuk membuatkan ianya sesuai buat lelaki dan wanita, pastikan anda memilih bau yang lebih ke arah unisex. Jika ia berbau terlalu pahit atau terlalu floral, mungkin ada yang tidak menggemarinya. Wangian yang sesuai adalah seperti wangian ros, lavender, dan aroma fresh air.

 

17. Customized Coklat

Source: Askwedding.com.my

Bayangkan hadiah cenderahati perkahwinan yang seterusnya ini: bar coklat peribadi berserta bentuk dan perasa customized mengikut pilihan anda. Pasti ramai yang tersenyum lebar apabila membuka beg goodie kahwin anda! Ianya sesuai untuk semua golongan umur. Harganya pun berpatutan. Sebagai contoh, pakej yang disediakan oleh Kay Gifts. Mereka boleh menyediakan bar coklat ini mengikut tempahan anda. Yang penting, ia datang sekali dengan bekas khas. Memang cantik!

 

18. Botol Mineral

Source: Stickeryou.com

Tak lengkap rasanya kalau kita masukkan makanan dan manisan seperti coklat, hot cocoa, dan mufin tetapi tidak memasukkan air, kan? Jadi, apa kata anda masukkan botol mineral. Ianya tidak perlu yang bersaiz besar. Ada banyak pilihan botol mineral mini di luar sana. Ada juga vendor yang menyediakan labeling peribadi mengikut tema perkahwinan anda nanti. Hendak lagi mudah, beli sahaja karton air mineral, tempah sticker khas, dan lekatkannya sendiri. Ia secara automatik akan menjadi goodie bag DIY anda!

 

19. Set Kutleri Sudu & Garpu

Source: Kesahkaseh.blogspot.my

Idea goodies kahwin yang seterusnya adalah set kutleri yang memuatkan sudu dan garfu. Kadangkala, ada juga yang meletakkan pisau kecil atau set measurement cup khas untuk baking di dalamnya. Ia sesuai buat para tetamu wanita. Selalunya, harga tempahan untuk set mini sebegini juga tidaklah terlalu mahal. Yang penting, jika ia datang dengan kotak atau bekas yang cantik, ada juga tetamu yang boleh meletakkanya sebagai salah satu koleksi barang dapur mereka! Menarik, bukan?

 

20. Popcorn Mini

Source: Askwedding.com.my

Jika majlis anda berkonsepkan hipster atau lebih kepada parti kecil, mungkin idea door gift kahwin unik seterusnya ini dapat menarik minat anda – popcorn mini! Selalunya ia datang dalam beg kertas atau balutan plastik. Salah satu vendor yang kami gemari dalam pembekalan popcorn sebagai hadiah goodie bag adalah LegasiKL Popcorn Doorgift. Ianya ringkas dan sedap dimakan. Harganya pun murah (RM0.90 sepeket)! Siapa yang tidak akan gembira apabila nampak popcorn dalam beg cenderahati kahwin, kan?

 

21. Pouch Mini Jerami & Mengkuang

Source: Pesonagalleria.blogspot.com

Anda bakal melangsungkan majlis perkahwinan berkonsepkan kampung dan tradisional? Ada satu idea doorgift kahwin yang unik dan menarik sesuai untuk anda, iaitu pouch mini jerami atau mengkuang. Ianya sangat klasik untuk dijadikan bekas bunga telur. Jika para tetamu anda menerima hadiah ini, pasti mereka akan berasa nostalgik. Ianya juga praktikal. Banyak benda yang mereka boleh simpan dalam pouch mini ini. Contohnya, duit syiling, pin tudung, cincin, dan pelbagai barangan hiasan kecil lain.

 

22. Homemade Sabun Wangi

Source: Ameryllisnatureskincare.blogspot.my

Antara hadiah door gift kahwin unik yang anda turut boleh letakkan dalam goodie bag kahwin adalah homemade sabun wangi. Ameryllis Nature Soap merupakan salah satu vendor yang boleh memenuhi pelbagai tempahan sabun wangi. Ianya datang dalam pelbagai bentuk yang comel dan terdiri daripada pelbagai jenis warna. Yang paling penting adalah ramuan yang digunakan sangat organik dan bebas bahan kimia!

 

23. Set Macarons

Source: Joanna-rose.com

Lagi satu hidangan desert yang sesuai untuk dimasukkan dalam goodie bag kahwin anda adalah set macarons. Warnanya berwarna-warni dan ia tahan lama. Rasanya yang lazat pasti dapat menjadi penyedap mulut setiap tetamu yang datang ke majlis kahwin anda nanti. Untuk tempahan, ada banyak vendor kek yang turut memberikan penyediaan macarons. Harganya juga tidaklah terlalu mahal. Anda boleh masukkan beberapa biji ke dalam bekas plastik dan hiaskannya mengikut kreativiti sendiri. Memang mudah dan cantiklah kalau dijadikan sebagai cenderahati perkahwinan.

 

24. Set Tasbih

Source: Cutecreativecreation.blogspot.my

Bagi mereka yang inginkan hadiah goodie bag perkahwinan yang bersifat Islamik, mungkin set tasbih sesuai untuk anda. Pilih set tasbih mini supaya ianya tidak terlalu panjang. Jadi, mudahlah untuk anda memasukkannya ke dalam kotak atau plastik khas dan menyelitnya dalam beg cenderahati kahwin. Selain daripada dapat menggembirakan hati tetamu, anda pun akan dapat pahala apabila mereka bertasbih menggunakan set yang anda berikan. Berbaloi pelaburan wang yang anda buat untuk majlis anda itu!

 

25. Bekas Tin Box

Source: Renowngift.com.my

Jika anda sukakan idea door gift perkahwinan bekas mengkuang yang kami kongsikan di atas tetapi inginkan sesuatu yang lebih moden, mungkin anda boleh pertimbangkan bekas tin box. Bekas yang diperbuat daripada tin ini lebih lasak. Harganya pun bersesuaian jika bajet anda adalah sederhana. Anda boleh masukkan gula-gula, kismis, atau hiasan batu berwarna-warni di dalamnya. Antara vendor barangan goodie kahwin yang menyediakan khidmat penyediaan bekas tin box adalah Renown Gift. Designnya cantik-cantik. Ada floral, abstrak, dan mengikut tema – anda perlu pilih sahaja mana yang anda minat!

 

26. Tepak Sirih Mini

Source: Nuzul-honeybee.blogspot.my

Selain set mengkuang, perkahwinan bertemakan melayu tradisional juga sesuai jika diberikan tepak sirih mini sebagai hadiah door gift kahwin. Adakah anda bakal melangsungkan tema perkahwinan sebegini? Bolehlah anda memilih bekas tepak sirih! Saiznya kompak dan hiasan kerawangnya ringkas tetapi kekal anggun. Pasti ada tetamu anda yang menghargai hadiah sebegini.

 

27. Set Manicure and Pedicure​

Source: Renowngift.com.my

Lagi satu idea door gift kahwin yang unik adalah set manicure dan pedicure. Set ini merangkumi pengetip kuku dan pengikis kuku. Ia merupakan satu hadiah cenderahati yang praktikal. Tiada tetamu yang akan membuang hadiah sebegini! Kenapa? Sebab mereka boleh menggunakannya di rumah. Selain itu, ianya siap datang dengan kotak yang cantik. Mudah kerja anda nanti, hanya perlu masukkan sahaja ke dalam goodie bag.

 

28.  Scented Candle

Source: Linkedin.com

Kalau anda peminat Lovely Lace dan akan mengadakan perkahwinan berkonsepkan Inggeris, pasti anda sukakan idea door gift kahwin unik seterusnya ini. Ianya tampil sedikit feminin namun masih sesuai untuk semua tetamu. Apa kata anda berikan scented candle? Ada banyak haruman yang anda boleh pilih. Antaranya wangian potpourri, buahan, floral, dan honey scent. Ianya ringkas tetapi masih cantik!

 

29. Balang Gelas Kristal

Source: Madelinesweddings.com

Lagi satu pilihan hadiah kahwin untuk dimasukkan dalam beg cenderahati perkahwinan adalah balang gelas kristal pelbagai bentuk. Untuk yang ini, anda boleh pilih sama ada untuk meletakkan sesuatu seperti kuih, candy, rempah ratus, jem atau marshmallow. Ataupun, biarkan sahaja ia kosong. Ikat reben pada penutup, lekatkan sticker majlis kahwin anda, dan masukkan dalam goodie bag. Ianya tampil eksklusif, mewah and cantik!

 

30. Photobooth untuk Tetamu Buat Doorgift Sendiri!

Source: Cari.com.my

Akhir sekali, kami ingin berikan idea doorgift kahwin unik dan kreatif ini kepada anda – photobooth untuk tetamu. Apabila sahabat handai atau saudara mara anda datang ke majlis ini, tugaskan seorang pelayan yang akan membawa mereka ke photobooth mini yang telah anda sediakan. Kemudian, berikan mereka sedikit masa untuk menangkap gambar menarik dengan pelbagai posing. Gambar yang dicetak itu kemudiannya diberikan kepada mereka. Bolehlah mereka bawa pulang sebagai cenderahati perkahwinan anda. Menarik dan menyeronokkan! 

Bagaimana? Best tak idea-idea doorgift perkahwinan yang kami kongsikan di atas ini. Pilih mana-mana yang sesuai dengan tema majlis anda dan pastikan anda pilih perkhidmatan dari wedding  yang profesional dan berkaliber! Kami ada cadangkan beberapa vendor di dalam artikel ini, kalau tak cukup, kita ada satu artikel untuk doorgift supplier in Malaysia. Pasti berbaloi wang yang anda belanjakan untuk majlis anda nanti. 

Jangan lupa juga untuk kongsikan artikel ini di FB atau Twitter. Pasti ramai kawan-kawan anda yang boleh ambil inspirasi dari 30 idea doorgift untuk tetamu ini!

Comments

Leave a Reply