Selain daripada hiasan pelamin, meja manisan, dan meja hidangan pengantin, doorgift perkahwinan juga menjadi salah satu penyeri majlis walimatul urus. Apabila anda pergi ke majlis kahwin, pasti anda perasan yang kanak-kanak serta orang dewasa selalu tidak sabar hendak tahu apa yang diberikan oleh tuan rumah dalam goodie bag. Kalau anda bakal menjadi raja sehari tidak lama lagi dan ingin mencari inspirasi, di sini kami ada kongsikan dengan anda 10 idea untuk doorgift kahwin murah!

 

1.     Cawan Mug Khas Dengan Gambar Pengantin

1.	Cawan Mug Khas Dengan Gambar Pengantin

Source: Askwedding.com.my

Antara idea untuk doorgift murah dan menarik yang anda boleh cuba adalah dengan menempah cawan mug khas yang sesuai untuk majlis anda.

Untuk memberikan sentuhan peribadi pada hadiah doorgift, mungkin anda boleh mencetak gambar atau nama anda serta pasangan pada mug tersebut.

Dahulu, hadiah doorgift sebegini mungkin agak mahal, tetapi kini tidak lagi. Ada banyak pembekal yang menyediakan harga yang berpatutan, dan salah satunya adalah My Bulk Print.

Dengan memilih My Bulk Print, anda bukan sahaja boleh menempah mug, malah mendapatkan pakej lengkap yang turut memasukkan t-shirt tempahan, pinggan seramik hiasan dan juga keychain!

Harga: Bermula dari RM5 sebiji

Kalau anda memasukkan semua barangan khas yang istimewa sebegini dalam satu goodie bag, pasti ia menjadi bualan mulut ramai!

 

2.     Botol Madu sebagai Door Gift

2.	Botol Madu sebagai Door Gift

Source: Weddingkarren.com

Kalau anda ingin mencuba idea door gift murah dan pada masa yang sama masih memenuhi tuntutan sunnah, apa kata anda pilih untuk memberi madu kepada tetamu anda!

Ianya bukan sahaja berguna buat tetamu (sangat sihat untuk dimakan) tetapi juga, apabila anda menggunakan botol kecil yang menarik sebagai bekasnya, sudah pasti tetamu anda boleh terus menggunakan bekas tersebut untuk tujuan lain pula!

Ianya praktikal dan menarik, bukan? Mana hendak cari pembekal yang menyediakan madu sebagai doorgift? Anda boleh cuba Wedding Karren.

Botol madu yang disediakan dalam pakej ini comel sahaja saiznya dan sangat mudah untuk dimasukkan dalam beg kertas. Ikatan reben dan balutan lace turut menaikkan serinya!

Harga: Bermula dari RM4.80 sebekas

Selain madu, Wedding Karren juga ada menyediakan pakej doorgift bajet lain seperti balang jem buah, coklat, biskut, gula-gula tic-tac (boleh di-customized) dan beg teh. Unik dan menarik, kan?

 

3.     Doorgift Manisan Hot Cocoa

Doorgift Manisan Hot Cocoa

Source: Gentilezza.com.my

Kalau kita tanya ibu bapa atau orang-orang lama, mereka sememangnya suka memberikan makanan kepada tetamu sebagai doorgift. Ia boleh dikira sebagai sedekah dan satu amalan mulia.

Maka, di sini, kami masukkan lagi satu doorgift bajet berbentuk makanan yang boleh anda pilih. Tetapi kali ini, ianya tampil lebih moden dan menarik, iaitu hot cocoa berserta marshmallow!

Anda boleh susun cantik-cantik dalam bekas kecil dan serikan hiasan di bahagian atas dengan beberapa biji marshmallow. Selepas tetamu makan nasi minyak anda, boleh pula mereka menyedapkan mulut dengan hidangan manisan yang sedap ini!

Antara pembekal yang ada menyediakan perkhidmatan manisan sebagai doorgift adalah Gentilezza Enterprise.

Selain daripada balang doorgift, mereka juga ada balang madu, beg pouch, kotak kertas, dan kipas tangan. Semuanya sangat sesuai untuk konsep majlis perkahwinan yang santai seperti tema pantai, taman, atau hipster.

Harga: Harga akan diberikan selepas preorder

Apa lagi barangan doorgift menarik yang boleh anda pilih dari Gentilezza? Antaranya adalah seperti pembuka botol khas, set lilin, bekas lada, set sudu serta chopstick.

 

4.     Patung Figurin Istimewa Pengantin

Patung Figurin Istimewa Pengantin

Source: Minealesi.com

Pernah tak anda terima patung figurin pengatin sebagai hadiah doorgift selepas menghadiri majlis perkahwinan? Kalau pernah, mesti anda pernah terfikir, “Coolnya!”

Jadi, apa kata anda ambil inspirasi dari idea doorgift murah dan kreatif ini! Ada satu pembekal yang mahir dan memberikan perkhidmatan penyediaan patung figurin untuk para pengantin – Mine Alesi.

Anda boleh membuat patung figurin doorgift yang kelihatan seolah-olah replika mini anda dan pasangan, lalu memberikannya kepada tetamu khas.

Keluarga pengantin, pengapit, pembantu dulang, dan tetamu dari kalangan saudara-mara dan sahabat rapat adalah antara tetamu yang sesuai untuk menerima hadiah doorgift kreatif sebegini!

Harga: Bermula dari RM200 untuk setiap satu pasangan figurin

Seperti yang anda lihat, harganya agak premium tetapi percayalah, pasti ramai sahabat rapat anda yang akan mengingati anda setiap kali melihat figurin anda dan pasangan!

 

5.     Doorgift Penanda Buku yang Kreatif

5.	Doorgift Penanda Buku yang Kreatif

Source: Somethingspecialtoyou.com

Anda seorang ulat buku dan ingin menggabungkan hobi anda dengan majlis perkahwinan? Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk memberi penanda buku sebagai cenderehati buat para tetamu.

Hadiah doorgift bajet yang ringkas sebegini sememangnya mampu menawan hati kanak-kanak. Mereka pasti gembira kerana telah menerima sesuatu yang boleh mereka gunakan untuk pembelajaran mereka.

Yang pastinya, jangan beri yang biasa-biasa sahaja. Jadikan ia sesuatu yang istimewa. Sebagai contoh, penanda buku Menara Eiffel Tower dari Something Special to You!

Ianya sangat cantik, berkualiti dan disertakan bersama bekas bookmark yang cantik. Pasti tetamu anda berasa teruja untuk menerima hadiah doorgift murah dan kreatif sebegini!

Harga: Bermula dari RM2 satu

Selain daripada penanda buku berbentuk Menara Eiffel, mereka juga ada menyediakan pelbagai lagi jenis dan bentuk bookmark. Anda hanya perlu pilih sahaja mengikut kegemaran dan bajet anda.

 

6.     Set Cookies Istimewa Sebagai Hadiah Doorgift Kahwin

Source: Askwedding.com.my

Lagi satu idea doorgift murah dan cantik adalah cookies. Ramai yang menggemarinya dan pasti para tetamu anda merasakan ia sesuatu hadiah tetamu yang sangat lazat!

Anda boleh memilih pembekal yang memberikan pakej doorgift cookies yang lengkap di mana ia turut menyertakan khidmat ubahsuai resipi dan perasa mengikut selera anda, bekas cookies yang eksklusif, dan hiasan reben.

Antara pembekal door gift kahwin murah dan terbaik yang kami mahu cadangkan kepada anda adalah Kay Gifts.

Kalau anda hendak tahu, mereka merupakan salah satu pembekal doorgift untuk pasangan-pasangan selebriti Malaysia terkenal iaitu Amar Baharin dan Amyra Rosli serta Shuib Sepahtu dan Siti Sarah!

Pasangan pengantin popular terbaru yang menggunakan khidmat Kay Gifts? Si pengantin baru Hafiz Hamidun dan Joy! Memang glamor kalau anda pilih pembekal ini.

Harga: Berdasarkan jumlah tempahan dan perbincangan dengan pembekal

 

7.     Balang Botol Cenderahati yang Cantik

Source: Askwedding.com.my

Selain daripada kotak candy, botol juga semakin mendapat tempat di hati para pengantin yang berjiwa muda. Idea doorgift kahwin murah ini bukan sahaja ringkas tetapi nampak cantik!

Banyak benda yang anda boleh masukkan di dalam bekas goodies kahwin murah ini. Contohnya, kekacang, marshmallow, gula-gula, hiasan dekor seperti batu atau pasir berwarna.

Anda juga boleh memberikannya kosong – jadi terpulang kepada tetamu anda untuk menggunakannya untuk apa sahaja!

Mana hendak cari? Ada banyak pilihan botol doorgift yang cantik dan murah dari Ajiemy Art. Anda hanya perlu pilih sahaja mana-mana botol yang masuk dengan tema majlis anda!

Harga: Bergantung kepada perbincangan dan jumlah tempahan (biasanya, semakin banyak anda tempah, semakin murah!)

 

8.     Doorgift Popcorn – Moden dan Muda

Source: Askwedding.com.my

Siapa yang tidak suka popcorn? Ianya rangup, manis dan boleh leka jadinya ketika mengunyah!

Kalau anda inginkan doorgift kahwin yang murah dan pada masa yang sama, disukai ramai, popcorn adalah satu idea yang menarik untuk anda cuba!

Kini, ia bukan sahaja boleh dipilih secara perisa original, malah ada banyak perisa lain yang boleh ditambah. Seperti contoh, coklat, mentega, dan karamel. Perisa durian pun ada!

Antara pembekal doorgift terbaik yang dapat memberikan pakej popcorn berpatutan kepada anda adalah LegasiKL Popcorn Doorgift!

Pakej yang mereka sediakan sememangnya menarik dan berpatutan. Harganya telah termasuk popcorn, sticker majlis kahwin anda, serta plastik pembalut popcorn. Ia adalah door gift murah bawah RM1 yang boleh anda pilih!

Harga: Hanya RM0.80 sepeket dan COD percuma di Ampang!

Untuk meletakkan sentuhan peribadi anda, letakkan juga tali penghias atau reben pada ikatan atas peket popcorn ini!

 

9.     Doorgift Sabun Organik Harum

Source: Ameryllisnatureskincare.blogspot.my

Selain makanan, hiasan dan cenderamata seperti pen, bookmark dan cawan mug, antara trend terkini dalam pemberian doorgift majlis perkahwinan adalah doorgift sabun.

Selalunya, ia adalah sabun yang dibuat khas secara istimewa. Para pengantin akan memilih bau haruman, warna dan bentuk yang mereka gemari dan memberinya sebagai hadiah cenderahati perkahwinan untuk tetamu.

Jika anda juga ingin mencuba idea untuk door gift kahwin murah ini, anda boleh pilih Ameryllis Nature sebagai pembekal doorgift sabun anda.

Ianya organik (tanpa bahan kimia yang berbahaya untuk kulit!), cantik, dan anda boleh pilih corak serta ramuan sabun yang anda inginkan!

Harga: Bermula RM25 sebiji atau harga istimewa jika dibeli secara timbang (kg)

 

10. Kotak Candy Berwarna-Warni

Source: Renowngift.com.my

Jika anda inginkan sesuatu yang tradisional tetapi berserta dengan sedikit sentuhan moden, pastinya anda boleh memilih idea doorgift murah yang seterusnya ini.

Ramai pengantin telah memilih untuk memberi telur rebus, telur pindang (kalau anda dari negeri di selatan seperti Johor), gula-gula atau mainan kecil. Jadi, kotak candy boleh dijadikan bekas untuk buah tangan kecil sebegini.                                  

Sebagai contoh, jom kita ambil idea doorgift murah dari salah satu pembekal doorgift terbaik di Malaysia, Renown Gift. Terdapat banyak pilihan kotak cenderahati perkahwinan yang cantik dan murah yang boleh anda pilih.

Pilihan kami? Sudah tentu, DIY Floral Birdie Pyramid Candy. Ia berbentuk sedikit unik, iaitu piramid, berbanding yang biasa seperti bulat atau petak. Banyak barang yang boleh anda masukkan di dalam beg candy ini!

Harga: RM1.50 sekeping untuk tempahan 500 ke atas.

 

Cuba Salah Satu Daripada 10 Idea Doorgift Murah dan Pilih Vendor yang Profesional

Sememangnya, ada banyak idea door gift murah dan cantik di luar sana. Segalanya terpulang kepada bajet dan kreativiti anda. Selain itu, pilihlah door gift supplier yang berkaliber.

Kita selalu dengar tentang hal penipuan atau kegagalan pembekal dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti. Kalau salah pilih, boleh menyesal, bukan?

Dapatkan perkhidmatan daripada salah satu vendor cenderahati murah yang kami masukkan dalam senarai ini dan nikmati kualiti perkhidmatan dan pakej doorgift bajet yang berpatutan.

Jadi, bagaimana, membantu tak 10 idea untuk doorgift murah dan kreatif yang dikongsikan di sini? Kalau ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini di laman sosial anda.

Tuliskan juga komen dan pengalaman anda dalam memilih hadiah doorgift untuk majlis perkahwinan anda. Pasti pembaca lain ingin mendengar pengalaman dan pendapat anda!

Comments

Leave a Reply