Ada banyak supplier kad kahwin diluar sana – online mahupun offline. Namun, untuk mencari yang terbaik, yang boleh dipercayai dan yang memberikan harga yang paling berpatutan, itu bukan kerja mudah. Boleh kelabu mata kalau hendak mencari dan memilih yang terbaik. Oleh sebab itulah, kami telah menyediakan senarai 7 best supplier kad kahwin murah untuk anda. Anda hanya perlu pilih sahaja– kad kahwin anda pasti akan siap pada masanya dan dengan kualiti yang anda harapkan!

 

Best Supplier Kad Kahwin Murah #1 - Sunflower Paper Passion & Things

Antara tip penting dalam mencari supplier kad kahwin adalah kebolehpercayaan dan kemampuan supplier dalam memberikan produk yang terbaik tepat pada waktunya. Yelah, kita kan hendak mengundang ramai tetamu, jadi kad haruslah siap pada waktunya supaya jemputan dapat dilakukan seawal yang mungkin.

Diatas tip penting inilah, kami telah menyenaraikan syarikat percetakan kad kahwin dari PJ ini sebagai salah satu daripada best supplier kad kahwin murah, iaitu Sunflower Paper Passion & Things. Ia telah beroperasi selama 26 tahun dan telah menyediakan perkhidmatan cetak kad kahwin kepada ramai pelanggan.

Sunflower Paper Passion & Things

Source: Askwedding.com.my

Sunflower Paper Passion & Things bukan sahaja menyediakan pembekalan kad, tetapi juga ada mencetak kad ucapan biasa, bahan pengiklanan dan penjenamaan. Ada juga servis hadiah tetamu ataupun door gift. Jadi senanglah kerja kita. Hanya perlu berurusan dengan satu pihak sahaja bagi menyiapkan kedua-dua kad dan door gift.

Macam mana dengan tahap layanan supplier ini? Haa...jom kita tengok salah satu ulasan dari pelanggan sebelum ini. Seviny Tan pernah menggunakan perkhidmatan Sunflower Paper Passion & Things dan katanya, kualiti kertas yang digunakan untuk kad adalah sangat baik. Harganya juga sangat berpatutan. Malah, supplier ini turut berjaya menghasilkan rekaan yang bersesuaian dengan tema perkahwinannya.

Ada banyak design kad kahwin sedia ada yang boleh anda pilih atau ubah mengikut kesukaan anda. Antara tema yang ada ialah Classic, Air Ticket Design, Contemporary, Kad Kahwin DIY (serlahkan sifat kreatif anda!), Oriental, Romantik, dan Save the Date.

Antara design kad kahwin daripada supplier ini adalah:

kad Tema Ratu Sehari

Tema: Ratu Sehari (Source: Sunflowercreative.com)

Kad Tema KLCC

Tema: KLCC (Source: Sunflowercreative.com)

 

Best Supplier Kad Kahwin Murah #2 - Chomel Kad Kahwin

Lagi satu best supplier kad kahwin murah yang boleh anda cuba terletak di Maran, Pahang – Chomel Kad Kahwin. Ia adalah salah sebuah syarikat percetakan yang bernaung dibawah MHMY DSoff Solution. Kalau anda hendak tahu lagi, Chomel Kad Kahwin sudah menyediakan perkhidmatan kad kahwin selama lebih 5 tahun! Ia boleh dianggap syarikat berpengalaman dan agak ‘otai’ didalam industri kad kahwin ini.  Pelanggannya pula bukan sahaja dari Malaysia malah ada juga dari negara jiran kita seperti Brunei dan Singapura.

Chomel Kad Kahwin

Source: Askwedding.com.my

Bagaimana dengan harga pakej kad kahwin yang disediakan oleh supplier ini? Ok, bagi mereka yang inginkan sesuatu yang ringkas dan berkualiti, terdapat pakej kad kahwin bajet yang bermula daripada harga RM320 bagi 500 keping kad.  Kalau anda mencari pakej bagi 1,000 keping kad, ada empat pakej sedia ada yang boleh anda pilih. Harganya diantara RM400 sehinggalah RM600++.

Saiz kad adalah pelbagai. Anda hanya perlu pilih sahaja mana-mana yang memenuhi citarasa anda. Selain itu, ada juga item lain yang dimasukkan didalam pakej. Antaranya, banting percuma, penanda arah, kad terima kasih dan sampul. Memang lengkaplah pakej yang ada ini. Mudah kerja anda nanti!

Jom kita tengok beberapa design kad kahwin yang pernah direka oleh Chomel Kad Kahwin. Manalah tahu ada mana-mana yang anda suka.

kad Tema Save the Date

Tema: Save the Date (Source: Chomelkadkahwin.webs.com)

kad Tema Kartun

Tema: Kartun (Source: Chomelkadkahwin.webs.com)

 

Best Supplier Kad Kahwin Murah #3 - Renown Gift

Renown Gift merupakan lagi satu best supplier kad kahwin murah yang menjadi pilihan ramai dan sepatutnya menjadi pilihan anda juga! Kenapa? Selain daripada kepakaran dalam menghasilkan rekaan kad yang cantik, Renown Gift juga menyediakan khidmat pembekalan barangan seperti sampul duit raya, bunga pahar, tasbih dan buku yasin. Jadi, kalau anda bercadang untuk memasukkan barangan yang disebutkan ini kedalam beg door gift anda, anda hanya perlu menempah sahaja dengan supplier ini.

Renown Gift

Source: Askwedding.com.my

Berkenaan dengan pembekalan kad kahwin, Renown Gift ada menyediakan pelbagai pakej bagi mereka yang inginkan kad yang eksklusif. Bagi mereka yang mempunyai bajet terhad namun masih mahu sesuatu yang cantik dan berkualiti, ada juga pakej murah. Harga kad yang eksklusif bermula daripada RM2.80 sekeping (jika anda tempah 1,000 keping). Kad jenis ini mempunyai 3 lapisan dan hiasan lace.

Anda inginkan sesuatu yang lebih mesra bajet? Anda boleh pilih pakej kad kahwin jenis artcard. Harganya amat berpatutan iaitu RM0.45 sekeping bagi tempahan 1,000 keping. Kad jenis ini, walaupun murah, masih nampak cantik kerana kertasnya sedikit glossy. Cetakan warnanya juga memang berkualiti.

kad Tema Kad Lipat Dua

Tema: Kad Lipat Dua (Source: Renowngift.com.my)

kad Tema Layered Lace

Tema: Layered Lace (Source: Renowngift.com.my)

Kalau anda tinggal di KL, supplier ini memang sesuai dengan anda kerana ia berpusat di Taman Danau Kota, Gombak. Cara untuk menempah dari supplier ini juga mudah – sama ada anda pergi ke syarikat mereka ataupun anda hanya perlu menempah secara atas talian di laman web mereka. Mudah sahaja!

 

Best Supplier Kad Kahwin Murah #4 - Something Special to You

Masih ingin survey-survey lagi? Kami ada lagi satu supplier yang ingin diperkenalkan kepada anda iaitu Something Special to You. Namanya sahaja pun sudah nampak istimewa kan? Seperti Sunflower Paper Passion & Things, syarikat percetakan kad kahwin ini juga turut berpusat di Petaling Jaya. Lebih tepat lagi, ia terletak di SS2. Jika anda tinggal dikawasan berhampiran, mudahlah bagi anda untuk melakukan konsultasi ataupun mengambil barang tempahan anda. Jimat sikit duit penghantaran, kan?

Something Special to You

Source: Askwedding.com.my

Dari segi pakej kad kahwin yang disediakan, harga yang diberikan sangat kompetitif. Ia memang berpatutan. Antara pakej kad yang ada ialah pakej melayu, pakej cina, pakej india, pakej barat, pakej kontemporari, dan juga custom design. Untuk mengetahui harga, anda perlu menelefon pihak SS2U bagi mendapatkan quote harga. Yang menariknya, kalau anda tempah 2 bulan awal, anda akan mendapat diskaun 5%. Jika tempah lebih awal lagi (3 bulan awal), diskaun yang diberikan mencecah 15%. Berbaloi-baloi!

Antara rekaan kad yang boleh anda pilih ialah seperti:

Kad Tema Pakej Melayu

Tema: Pakej Melayu (Source: Somethingspecialtoyou.com)

 

kad Tema Pakej Chinese

Tema: Pakej Chinese (Source: Somethingspecialtoyou.com)

Kalau anda hendak tahu lagi, syarikat ini memang versatil. Semua benda boleh disediakan mengikut keinginan kita sebagai pelanggan. Antara barangan yang ada disediakan oleh supplier kad kahwin murah ini ialah gelang tangan, belon majlis parti, khidmat hiasan dalaman, dekorasi DIY, barangan hiasan oriental dan western, dan juga khidmat juruacara majlis(emcee). Kira macam one-stop service centre jugalah!

 

Best Supplier Kad Kahwin Murah #5 - Blooms Invitation

Seterusnya, Blooms Invitation. Kalau anda inginkan supplier yang mampu menghasilkan rekaan design yang asli dan artistik, inilah syarikat kad kahwin yang anda cari! Ia ditubuhkan oleh dua anak muda daripada pulau Pinang, Rinn dan Gen. Kalau anda lihat hasil tangan mereka, mesti anda tertarik kerana semuanya sangat berseni dan berkualiti.

Blooms Invitation

Source: Askwedding.com.my

Mereka lebih mengetengahkan rekaan yang simple dan cantik, tanpa hiasan yang sarat dan kelihatan sibuk. Mereka juga gemar design hot stamping. Lagi satu, semuanya adalah hand-crafted! Dibuat dengan tangan sendiri dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Kalau anda memang suka dengan design yang klasik dan eksklusif ini, supplier ini sangat sesuai untuk anda.

kad Tema Gold Stamped

Tema: Gold Stamped (Source: Bloomsinvitations.com)

kad Tema Oriental Sakura

Tema: Oriental Sakura (Source: Bloomsinvitations.com)

Selain kad kahwin, Blooms Invitation juga turut menerima tempahan kad bagi majlis-majlis lain seperti majlis bridal shower, majlis pertunangan, majlis baby shower, majlis perayaan dan juga majlis hari jadi. Memang kreatif dan “all-rounded”lah senang cerita.

 

Best Supplier Kad Kahwin Murah #6 - Mosum Art Design

Pernah tak lihat kad kahwin yang ala-ala IC ataupun tiket perlawanan bola? Kalau nak tahu, supplier yang seterusnya ini merupakan diantara pembekal kad kahwin yang gemarkan design pelik tapi cantik seperti ini. Mereka adalah Mosum Art Design. Mereka merupakan salah satu perintis dalam menghasilkan design kad kahwin unik dan kreatif. Antara kad funky yang pernah mereka hasilkan ialah seperti passport, cd, iphone, dan tiket flight.

Mosum Art Design

Source: Askwedding.com.my

Terletak di Kepong, Kuala Lumpur, Mosum Art Design sememangnya menjadi pilihan bakal pengantin yang berjiwa muda dan inginkan kelainan. Ditubuhkan pada 2004 oleh Supian Mustapa, supplier kad kahwin murah ini telah berkembang dan kini turut menghasilkan percetakan pengiklanan dan kotak-kotak produk komersial. Yang menariknya lagi, mereka juga telah banyak memenangi anugerah rekagrafik. Memang boleh dipercayailah kalau dilihat dari segi kualiti design dan percetakanan mereka ini.

Antara design kad kahwin dari Mosum Art Design ialah seperti berikut:

Kad Kahwin Passport + Boarding Pass

Kad Kahwin Passport + Boarding Pass (Source: Mosumartdesign.com)

 

Kad Kahwin CD

Kad Kahwin CD (Source: Mosumartdesign.com)

Untuk tempahan secara online, anda hanya perlu mengisi borang tempahan kad kahwin yang ada diletakkan di laman web kami. Anda boleh tentukan sama ada hendak menempah bagi pihak keluarga anda sahaja ataupun bagi tempahan kedua-dua keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Harganya adalah mengikut jenis kad, kertas, dan kepingan yang anda tempah.

 

Best Supplier Kad Kahwin Murah #7 - Kad Kahwin Misteri

Kad Kahwin Misteri merupakan lagi satu best supplier kad kahwin murah di Malaysia. Terletak di Rawang, Selangor, Kad Kahwin Misteri terkenal dengan design kad kahwin yang cantik dan berkonsep ceria.

Kad Kahwin Misteri

Source: Askwedding.com.my

Anda boleh lihat sampel-sampel rekaan dari Kad Kahwin Misteri yang kami sediakan dibawah ini. Antara jenis design yang ada ialah Orbit Cinta (ini favourite kami!), Orbit Salju, Orbit Fantasia dan Orbit Lestari. Tempahan boleh dibuat sama ada melalui emel ataupun panggilan telefon.

 

kad Tema Orbit Salju

Tema: Orbit Salju (Source: Wedding.com.my)

 

kad Tema Orbit Cinta

Tema: Orbit Cinta (Source: Wedding.com.my)

Selain daripada percetakan kad, mereka juga turut menyediakan servis fotografi bagi majlis perkahwinan anda dan juga majlis keraian yang lain.

Okay tak senarai 7 supplier kad kahwin murah yang kami kongsikan dengan anda diatas? Jika anda kenal mana-mana vendor lain yang bagus dan berkualiti, taipkan nama syarikat berkenaan di ruangan komen dibawah. Juga, tekan ‘like’ atau ‘share’ jika anda rasa artikel ini bermanfaat buat anda dan kenalan online anda ya!

Comments

Leave a Reply