Majlis perkahwinan anda bakal menjelang dan anda sedang mencari idea untuk mereka kad jemputan kahwin? Disini, kami ada sediakan 25 contoh design kad kahwin simple dan cantik yang boleh anda pilih. Kad-kad ini bukan sahaja cantik untuk dilihat, malahan turut menyediakan layout yang kemas beserta peletakan maklumat majlis secara jelas dan mudah untuk dibaca. Jom kita tengok antara design kad kahwin yang menarik dan cantik ini!

#1 – Klasik Tradisional – Kad Perutusan Raja Sehari yang Eksklusif!

Kad Klasik Tradisional

 

Source: Artchetak.com

Dengan design muka hadapan yang klasik dan ringkas, anda pasti dapat memadankan kad ini dengan tema tradisional melayu untuk majlis anda nanti. Ia sesuai dicetak pada kertas kad jenis artcard mahupun ivory white.

#2 – Konsep Modern English – Ringkas tetapi Menarik

Kad Konsep Modern English

Souce: Kfein.blogspot.my

Anda inginkan kelainan? Design berkonsepkan modern English ini memang sesuatu yang unik. Mungkin masyarakat kita belum lagi biasa dengan kad jenis ringkas ini namun jangan tak tahu yang design seperti ini amat digemari oleh mat saleh.

#3 – Corak Printed Floral – Design yang Boleh Meruntun Kalbu!

Kad Corak Printed Floral

Source: Says.com

Ini lagi satu contoh design kad kahwin cantik dan simple yang boleh anda tiru. Dengan sekadar corak printed floral di atas kertas kad kahwin anda, ia tampil ringkas namun sungguh indah untuk dilihat. Untuk mengurangkan corak bunga yang berat, design floral boleh diletakkan di muka hadapan kad sahaja; bahagian dalamnya dibiarkan kosong dan simple.

#4 – Kad Design Polka Dot – Konsep Design yang Tidak Akan Pernah Lapuk

Kad Design Polka Dot

Source: Etsyweddingteam.com

Moden dan anggun – itu dua perkataan yang boleh kami gunakan bagi menerangkan kad design polka dot ini. Gabungan warna biru putih memberikan kesegaran dan kelainan pada kad ini. Yang pentingnya, segala maklumat tentang majlis perkahwinan jelas terpampang pada kad yang simple ini.

#5 – Kad Kahwin Kartun dan Animasi – Comel Dan Unik, Sama Seperti Anda!

Kad Kahwin Kartun dan Animasi

Source: Fizgraphic.com

Anda seorang yang berjiwa kanak-kanak? Kami ada sesuatu untuk anda – apa kata anda cuba memilih kad kahwin kartun dan animasi. Ianya menarik dan ramai yang pasti teruja setiap kali mereka melihat kad anda ini. Ia tampil ceria dan menyeronokkan.

#6 – Konsep Sweet Candy – Hiasan Pastel yang Memukau

Kad Konsep Sweet Candy

Source: Artchetak.com

Kad yang berwarna pastel dan dipenuhi dengan corak sweet seperti love dan lollipop candy juga boleh menarik perhatian penerima kad. Sejuk sahaja mata memandang. Yang penting, konsep ini mempunyai corak cantik dan simple, tanpa sebarang corak yang berat dan sarat.

#7 – Design Melayu Klasik – Semegah Status Anda Sebagai Raja Sehari!

Kad Design Melayu Klasik

 

Source: Kadkahwinlovely.com

Design kad kahwin melayu klasik selalunya sangat kompleks dan penuh dengan tenunan dan corak. Namun, contoh design kad diatas sememangnya kena dengan konsep tetapi masih lagi mengekalkan corak yang mudah dan ringan. Rekaan ini sangat sesuai dengan anda jika anda memang peminat setia hasil seni melayu klasik. Sesuailah dengan status anda sebagai raja sehari!

#8 – Design Cina Klasik – Corak dan Warna Pembawa Tuah

Kad Design Cina Klasik

Source: Pinterest.com

Merah sememangnya satu warna ‘ong’. Jadi, bagi menyesuaikan kad kahwin anda dengan tema berkonsepkan cina klasik, contoh design kad ini sememangnya sesuai bagi anda. Dengan layout kemas di muka hadapan yang memuatkan nama, maklumat majlis dan alamat, ia sudah cukup bagi mereka yang inginkan sesuatu yang mudah dan ringkas – tapi masih lagi nampak menarik!

#9 – Design Indian Klasik – Kekal Tradisional dan Moden dengan Gabungan Ungu Dan Emas

Kad Design Indian Klasik

Source: Weddingeye.in

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana rupanya design bagi perkahwinan berkonsepkan india klasik. Contoh design kad kahwin diatas merupakan salah satu sampel rekaan kad kahwin bagi pasangan India yang ingin sesuatu yang simple dan cantik. Ia lengkap dengan maklumat dan konsep temanya jelas terlihat pada design jenis ini.

#10 – Konsep DIY Hipster Palet – Mudah dan Kreatif

Kad Konsep DIY Hipster Palet

Source: Kfein.blogspot.my

Bagi generasi muda hipster yang gemar akan konsep DIY bercorak kayu palet, design kad kahwin diatas ini mungkin sesuai bagi anda. Guna sahaja kad art yang boleh dibeli dikedai seni dan kraftangan, design layout, masukkan details, dan cetak diatas kad art tersebut. Sekeping sudah mencukupi – mudah dan cepat – namun masih cantik dilihat!

#11 – Konsep Islamik – Hasil Seni Khat dan Corak Geometri

Kad Konsep Islamik

Source: Kadkahwinlovely.com

Kad kahwin diatas ini kami turut masukkan di dalam senarai 25 contoh design kad kahwin simple & cantik kami ini kerana warna coraknya yang lembut dan kekemasan susunan pattern didalamnya. Yang bestnya dengan kad ini ialah ia menggunakan tulisan khat arabik dan tarikh dari kalendar hijrah bagi menaikkan lagi konsep kad kahwin islamik ini.

#12 – Konsep Inggeris – Perkahwinan Di Dalam Taman? Inilah Design untuk Kad Anda!

Kad Konsep Inggeris


Source: Pinterest.com

Tuksedo dan gaun putih kembang beserta veil kepala merupakan simbol utama perkahwinan inggeris. Jika anda mencari design kad kahwin yang bersesuaian dengan tema perkahwinan dalam taman anda, ambillah inspirasi daripada kad ini!

#13 – Kad Kahwin Bercorak Lace – Tampil Manis dan Feminin

Kad Kahwin Bercorak Lace

Source: Ijahashim.wordpress.com

Kadangkala kos untuk membuat kad berserta lilitan kain lace agak mahal. Anda mungkin tiada bajet untuk membuat kad seperti ini. Namun, bagi kad yang ringkas dan mudah tapi masih lagi menampilkan corak lace, apa kata anda cuba design seperti kad diatas. Cetakan corak lace elok terapi dibahagian atas dan bawah kad, seolah-olah ia dibaluti oleh kain lace yang sebenar!

#14 – Konsep English Wallpaper – Cantik dan Simple!

Kad Konsep English Wallpaper

Source: Ceritakadkahwin.com

 

Sememangnya design seperti ini kelihatan seperti English wallpaper yang kita selalu lihat di dinding-dinding rumah mereka yang gemarkan hiasan dalaman. Design sebegini akan memberikan rupa yang lembut kepada kad anda. Sememangnya sangat simple dan cantik untuk dilihat!

#15 – Design Brown Paper + Doily Paper – Trend Masa Kini

Kad Design Brown Paper + Doily Paper

Source: Pinterest.com

Jika anda seorang yang berjiwa seni dan inginkan kad kahwin bajet yang simple dan cantik, apa kata anda pertimbangkan kad kahwin yang mempunyai design brown paper dan doily paper. Anda tidak perlu memasukkan terlampau banyak imej; cukuplah sekadar memuatkan maklumat tentang majlis perkahwinan anda. Lengkapkan hiasan kad dengan balutan kertas doily. Kedua-dua brown paper dan kertas doily boleh dibeli dengan harga berpatutan daripada kedai seni dan kraftangan.

#16 – Rekaan English Royal – Untuk Majlis yang Indah dan Gemilang

Kad Rekaan English Royal

Source: Pinterest.com

Dengan warna utama biru navy royal dan titipan tulisan berwarna silver, kad kahwin anda akan kelihatan sungguh eksklusif tetapi masih lagi simple dan cantik. Design sebegini sesuai bagi jenis kad yang berlipat dua mahupun sekeping ala poskad. Ia sesuai untuk dicetak pada kad seperti artcard mahupun yang berkualiti tinggi seperti kertas ivory mahupun platinum white.

#17 – Design Kad Kahwin Chinese Floral – Klasik dan ‘Timeless’ Seperti Dunia Perkahwinan Anda Nanti!

Design Kad Kahwin Chinese Floral

Source: Craftyfarms.blogspot.my

Ini adalah satu contoh design yang menggabungkan rekaan konsep cina dan floral. Sememangnya rekaan seperti ini tampil ringkas dan kemas. Susunan layout dan maklumat majlis mudah untuk dibaca tanpa gangguan sebarang hiasan bunga-bungaan yang terlampau berat. Cantik bukan?

#18 – Kad Kahwin Konsep Vintage – Bagi yang Berjiwa Antik

Kad Kahwin Konsep Vintage

Source: Chantiqs.com

Jika anda inginkan sesuatu yang berkonsep vintage, sesuatu yang tak lapuk ditelan zaman, anda mungkin akan suka dengan kad kahwin berkonsep vintage ini. Hiasannya amat mudah dan coraknya tidak terlampu terang atau ‘striking’. Cukup sekadar dengan hiasan stamping bungaan dan logo yang tertera nama anda dan pasangan. Sangat sesuai untuk dicetak diatas kertas artcard dengan sedikit kemasan glossy.

#19 – Corak Batik – Kemasan Batik Bercorak Flora

Kad Corak Batik

Source: Says.com

Tak ramai yang pernah cuba untuk mereka kad kahwin mereka dengan corak batik. Apa kata anda jadi antara yang pertama? Ia bukan sahaja simple dan cantik, malah turut boleh menarik perhatian para tetamu jemputan anda.

#20 – Kad Kahwin Karikatur Comel – Design yang Ceria dan Menyeronokkan

Kad Kahwin Karikatur Comel

Source: Ceritakadkahwin.com

Sememangnya design berkonsepkan kartun comel menjadi pilihan ramai bakal raja sehari sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Rekaan ini tampil simple dan cantik dengan pilihan warna yang pelbagai serta lukisan kartun yang mampu menarik perhatian setiap penerima kad ini. Mungkin ada juga yang jatuh cinta dengan kad ini sehingga menjadikannya penanda buku ataupun meletakkannya diatas meja belajar mereka!

#21 – Rekaan Hearty Love – Pasti Ada Tetamu Yang Menyimpan Kad Ini Nanti!

Kad Rekaan Hearty Love

Source: Chantiqs.com

Jika anda suka dengan warna-warna pastel dan ingin menyerlahkan kemesraan anda dan pasangan, mungkin anda boleh mengambil inspirasi daripada rekaan hearty love ini. Warnanya terang dan ceria serta gabungan jenis font dan warna tulisan membuatkan kad ini mudah untuk dibaca. Ianya sesuai bagi kad berbentuk poskad ataupun kad berlipat dua. Memang cantik!

#22 – Kad Kahwin Walimatul Urus – Nampak Mahal dengan Rona Biru Muda dan Silver

Kad Kahwin Walimatul Urus

Source: Carftyfarms.blogspot.my

Ramai juga para pengantin yang meminati kad kahwin yang mempunyai rekaan hot stamping dengan hiasan warna perak. Ia menaikkan seri kad kahwin tersebut. Bagi anda yang mencari design bagi kad kahwin walimatul urus yang cantik dan simple, ini adalah antara design yang boleh anda contohi.

#23 – Konsep Sampul Surat – Posto! Posto!

Kad Konsep Sampul Surat

Source: EZCetak.com

Dengan jaluran merah, biru, putih di kelim kad, kad jemputan kahwin anda tampil cantik dan simple. Anda juga boleh tambah corak setem dan memasukkan gambar anda serta pasangan bagi menaikkan seri kad. Menarik bukan?

#24 – Design Purple Floral – Indah Dipandang Mata

Kad Design Purple Floral

Source: Chantiqs.com

Antara elemen yang menarik perhatian kami didalam design kad purple floral ini adalah hiasan bunga yang cantik disekeliling kad namun isinya tampil ringkas dan kemas. Dengan gabungan warna putih dan ungu, kad ini kelihatan sangat ceria dan menarik. Mungkin design seperti ini sesuai untuk anda jika anda bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan warna tema ungu!

#25 – Kad Kahwin Design Geometri – Rekaan Moden dan Ringkas

Kad Kahwin Design Geometri

Source: Kizwedding.blogspot.my

Selain daripada menggunakan warna pastel, corak design geometri juga akan membuatkan kad kahwin anda kelihatan moden dan segar. Ambil contoh kad diatas. Hiasan geometri yang diketengahkan kelihatan sangat ringkas, namun ia tidak membuatkan kad ini kelihatan ‘boring’ sama kali. Jika anda inginkan sedikit warna, anda hanya perlu mengubah warna corak geometri tersebut. Mudah sangat!

Macam mana? Cantik tak 25 contoh design kad kahwin diatas? Kalau anda suka, anda boleh menggunakannya sebagai sumber inspirasi anda. Tukar dan ubah sedikit rekaan design dan layout kad berkenaan untuk menjadikannya sesuatu yang unik – sesuatu dari hasil tangan anda. Kalau anda ada sebarang cadangan tentang design kad kahwin yang simple dan cantik, kongsikan bersama kami diruangan komen dibawah. Kami ingin mendengarnya! Juga, kongsikan artikel ini bersama sahabat handai anda di dunia online supaya mereka juga dapat mendapatkan ilham bagi mereka kad kahwin mereka nanti. Sharing is caring…tak begitu?

Comments

Leave a Reply