Kad kahwin yang dihiasi dengan corak bunga mahupun dihiasi hot stamping? Itu perkara biasa. Apa kata anda cuba sesuatu yang berbeza untuk majlis perkahwinan anda nanti. Contohnya, kad yang ala-ala tiket flight AirAsia ataupun kad yang kelihatan macam tiket perlawanan bola. Barulah cool dan epik. Inginkan inspirasi? Jom kita tengok 30 kad kahwin yang kreatif dan unik yang boleh anda cuba. Mesti tetamu anda berasa teruja apabila menerima kad kahwin yang pelik tapi menarik ini!

#1 – Cek Maybank – Buatkan Tetamu Rasa Seperti Menerima Durian Runtuh!

Source: Ceritakadkahwin.com

Siapa yang tidak suka terima cek yang dipenuhi dengan jumlah angka yang besar? Haa…jom kita buat tetamu kita berasa macam baru saja menerima durian runtuh: cek bank yang bernilai $11,122,017 (itu sebenarnya tarikh majlis perkahwinan anda: 11/12/2017!).

#2 – Ubat Beg – Preskripsi Paracetamol 500mg? Jangan Terpedaya!

Source: Kadkahwinnr.wordpress.com

Ini antara kad yang paling kreatif dan unik yang kami pernah lihat. Kad kahwin yang kelihatan seperti plastik ubat yang diterima daripada klinik. Memang kreatif siapa yang muncul dengan idea begini – kami tabik ‘spring’!

#3 – Facebook – Jadi Orang Paling Popular di Laman Sosial.

Source: Kahwinmall.com

Rasanya, semua orang ada akaun Facebook dan semua orang tahu macam mana rupa laman web itu. Jadi, apa kata anda cuba sesuatu yang baru dan segar? Kad kahwin yang kelihatan seperti laman muka buku! Di bahagian login laman web itu, anda boleh masukkan maklumat majlis (tarikh, lokasi, nombor untuk dihubungi, etc) dan anda juga boleh sertakan peta majlis sebagai imej. Kreatif, bukan?

#4 – Pos Laju – Jemputan Khas dari Pos Malaysia.

Source: Kadkahwinimpianku.blogspot.my

Lagi satu idea kad kahwin yang kami rasakan sangat kreatif dan unik adalah kad diatas ini. Dengan hiasan header kad yang berwarna oren, alamat majlis perkahwinan, dan kod setem, kad kahwin ini memang saling tak tumpah macam sampul surat pos laju dari Pos Malaysia. Sesuai sangatlah kerana anda juga mungkin perlu menghantar kad kahwin melalui pos. Tentu si penerima terkejut kerana ada sampul dalam sampul!

#5 – Tiket Penerbangan MAS – Sesuai Kalau Anda Kaki Berjalan!

Source: Izphotography.com

Kalau anda seorang kaki melancong, tentu anda tertarik dengan kad kahwin yang kelihatan macam tiket boarding penerbangan MAS ini. Jika selalunya akan ada tertera nama anda sebagai penumpang kapal terbang, kali ini segala maklumat diatas tiket flight ini adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan anda.

#6 – Kad Kahwin Instagram – Ringkas tetapi Menarik!

Source: Izphotography.com

Inilah masanya untuk berangan yang anda ada jumlah “followers” yang ramai di IG. Anda boleh masukkan maklumat majlis di ruangan profile, masukkan gambar pengantin dibahagian feed image, lengkapkan juga kad kahwin Instagram ini dengan peta lokasi. Yang paling best, masukkan tarikh perkahwinan anda di bahagian jumlah follower. Kini, anda adalah orang paling popular di Instagram dengan jumlah follower seramai: 30M (tarikh: 30/11/2017). Kalah Nora Danish!

#7 – Kad Kahwin Cadbury – Anda Chocolate Lovers? Ini Kad untuk Anda!

Source – Terbakor.com

Anda seorang penggemar dark chocolate? Anda memang tak boleh hidup sehari tanpa Cadbury Dairy Milk Fruit and Nut? Ini sememangnya design kad kahwin yang sesuai untuk anda? Dengan rona kad berwarna ungu pekat, gambar coklat berbentuk love sebagai lambang cinta anda, sudah pasti ramai yang tersenyum sendirian apabila menerima kad seperti ini.

#8 – Kad Kahwin Passport – Destinasi Honeymoon? Korea!

Source: Terbakor.com

Selain kad kahwin yang kelihatan macam tiket flight, ini lagi satu design kad kahwin yang unik untuk para pengembara. Kad kahwin yang ala-ala passport. Buatkan hiasan stamping yang kelihatan seperti stamping imigresen dan masukkan maklumat majlis dibahagian maklumat pengenalan diri di dalam kad passport tersebut. Memang cantik!

#9 – Kad Kahwin Tiket Perlawanan Bola – Kelantan 1 – JDT 1

Source: Infokinidotmy.blogspot.my

Suami anda seorang peminat tegar the Southern Tigers JDT? Pasangan anda pengikut setia pasukan bola sepak Gomo Kelate Gomo? Ini kad untuk anda! Kad tiket perlawanan bola sepak. Dengan kad yang berlipat dua ataupun sekeping ala poskad, anda boleh memasukkan segala maklumat penting berkenaan majlis kahwin anda di kad ini. Info pengantin, tarikh majlis dan lokasi di bahagian hadapan dan peta serta nombor ahli keluarga di bahagian belakang. Cukup simple tapi masih lagi lain daripada lain!

#10 – Kad Kahwin Buku Latihan Sekolah – High-School Lovers, Ini Untuk Anda!

Source: Kadkahwincantik.com

Ah…dengan garisan biru diatas kertas putih, garisan vertikal merah di bahagian kiri, kad kahwin yang kelihatan seperti buku tulis sekolah ini sememangnya akan menggamit memori zaman persekolahan bagi sesiapa saja yang melihatnya. Memang unik dan yang pastinya, para tetamu pasti takkan terlupa untuk menghadiri majlis anda dengan kad seperti ini!

#11 – Kad Kahwin Surat Khabar Utusan – Jadikan Majlis Perkahwinan Anda Sebagai Headline Utama Akhbar!

Source: Pembinats.my

Bila lagi hendak merasa sebagai selebriti dimana masjlid perkahwinan anda dijadikan headline utama akhbar? Inilah masanya. Jadikan kad kahwin anda sesuatu yang kreatif dengan manjadikannya kelihatan seperti surat khabar Utusan!

#12 – Kad Kahwin Bil Elektrik TNB – Mesti Si Penerima Tersenyum Sipu Dengan Kad Ini

Source: Expressmoments.blogspot.my

Ini lagi satu kad kahwin kreatif dan unik yang boleh anda cuba. Dengan design kad kahwin berlipat dua, anda boleh menggunakan rona biru dan merah bagi membuatkannya ala-ala bil elektrik bulanan dari TNB. Tentu si perima terkejut apabila melihat kad ini dan kemudiannya tersenyum sipu bila membaca info didalamnya.

#13 – Kad Kahwin Iphone – Buat Apple Geek Di Luar Sana…

Source: Konichiwastorymory.blogspot.my

Apabila kami melihat design kad kahwin seperti smartphone Iphone ini, perkataan pertama yang keluar dari mulut kami adalah: genius! Jadi, kalau anda kekeringan idea dan kebetulan pula anda seorang peminat setia produk Apple, inilah rekaan kad kahwin yang anda cari-cari selama ini!

#14 – Kad Kahwin IC – Comel dan Cantik

Source: Twitter.com

Memang cantik design kad kahwin yang kelihatan macam IC ini. Cukup bagi kad sekeping dengan halaman depan dan belakang. Tarikh majlis boleh diletakkan di bahagian No. IC, alamat dewan perkahwinan di ruangan alamat rumah anda dan di bahagian belakang, anda boleh masukkan ruangan kata-kata jemputan dan peta lokasi. Mudah tapi masih lagi mampu menarik perhatian si penerima kad.

#15 – Kad Kahwin Clap Board – Ready for Take, And Action!

Source: Pinterest.com

Ini memang kad kahwin yang epik dan unik! Jika anda seorang ahli produksi filem dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, apa kata anda cuba sesuatu yang rapat dengan hati anda? Kad kahwin ala-ala Clap Board. Memang cool!

#16 –Kad Kahwin Jeans – Peminat Evisu Mahupun Levis? Ini Untuk Anda!

Source: Mohdfairiz.com

Kad kahwin yang menggunakan rona warna biru jeans ini sememangnya kreatif dan unik. Font tulisan didalam kad bolehlah menggunakan corak jahitan benang bagi menaikkan lagi rupa kain jeans di kad kahwin ini. Cubalah!

#17 – Kad Kahwin Kipas Tangan – Sangat Artistik!

Source: Oldtraffords.com

Kad kahwin berbentuk petak? Bosan! Apa kata kita cuba buat kad kahwin yang berbentuk kipas tangan? Ia boleh dijadikan sebagai kad dan juga pada masa yang sama, dijadikan door gift yang menarik. ‘Two-in-one’ bak kata orang putih!

#18 – Kad Kahwin Nescafe – Roasted Coffee + Krimer = Kad Kahwin Kreatif!

Source: Thesiakapkeli.blogspot.my

Kalau anda inginkan kad kahwin yang jarang orang buat, inilah salah satu design yang sangat ’rare’ untuk anda. Buatkannya kelihatan seperti tin minuman Nescafe. Lagilah sesuai untuk anda jika anda memang seorang yang suka minum kopi. Kalau inginkan kelainan lagi, buatkannya seperti cawan minuman Starbucks!

#19 – Kad Kahwin Kertas Peperiksaan Exam – Sesuai untuk Straigh-A Scorer!

Source: Mynewshub.cc

Kad kahwin ini berjaya membuatkan kami tersenyum dan kami pasti para tetamu anda yang menerima kad kahwin kertas peperiksaan ini juga akan turut tersengih sendirian. Memang menarik. Banyak maklumat yang boleh dimasukkan dan yang paling utama, kos membuatnya juga pasti murah. Yelah, tak banyak warna yang diperlukan!

#20 – Kad Kahwin CD – Maklumat Majlis Perkahwinan di Pelekat CD

Source: Azzalynnbridal.blogspot.my

Design kad kahwin sebegini bukan sahaja kelihatan unik, malah ekslusif. Kad kahwin ini berbentuk bulat dan bukan petak seperti kebiasannya. Banyak yang anda boleh masukkan diatas kad ini – di bahagian hadapan dan belakang.

#21 – Kad Kahwin AirAsia – Jemputan Dari Atas Awan

Source: Laicipanas.blogspot.my

Selain tiket MAS, anda juga boleh menggunakan warna merah dan putih bagi membuatkan kad kahwin anda kelihatan seperti tiket penerbangan AirAsia. Memang kreatif. Para tetamu anda pasti teruja menerima undangan perkahwinan dari high-flyers di atas awan!

#22 – Kad Kahwin JDT – Luaskan Kuasamu…

Source: Pinterest.com

Antara idea kad kahwin yang sesuai bagi kaki bola adalah kad kahwin yang mempunyai design seperti warna tema pasukan bola kegemaran anda. Seperti contoh kad diatas, ia menggunakan design pasukan bola JDT. Kalau anda peminat Manchester United, anda boleh mengubah sedikit rekaan ini. Gunakan kreativiti anda dan jadikan majlis perkahwinan anda sesuatu yang akan diingati selalu!

#23 – Kad Kahwin Twitter – Tweet, Tweet!

Source: IWStudio.biz

Mungkin ramai yang sudah mencuba kad kahwin FB dan IG. Haa…jangan risau, ini ada lagi satu sumber idea untuk anda: kad kahwin Twitter. Warnanya mudah dan anda hanya perlu masukkan design layout ala-ala laman web Twitter. Jangan lupa untuk masukkan juga ‘the blue bird’ – lambang utama media sosial ini. Baru real!

#24 – Kad Kahwin Sampul Surat – Nostalgia Mengutus Surat

Source: Sumbergrafik.com

Zaman sekarang yang serba moden ini, tak ramai yang mengutus surat sesama rakan taulan. Apa kata kita kembalikan nostalgia mengutus surat dengan membuat design kad kahwin yang menyerupai sampul surat. Ala-ala menghantar kad kepada penpal gitu. Tentu seronok dan menarik!

#25 – Kad Kahwin Clash of Clans (COC) – Sesuatu untuk Para Gamers

Source: Syahjatzee.blogspot.my

Siapa yang tak tahu dengan permainan Clash of Clans. Memang ramai pengikut dan penggemarnya. Kalau anda adalah salah seorang daripada para gamers yang setia, kad kahwin diatas memang tercipta untuk anda!

#26 – Kad Kahwin Candy Crush – Buat Penggemar Game Popular Ini

Source: Azlyiejah.blogspot.my

Oklah, jadi mungkin anda bukan peminat Clash of Clans, tapi masih mahukan tema kad ala-ala permainan online. Apa kata anda curi idea daripada kad kahwin Candy Crush diatas ini. Warnanya terang dan ceria dan sangat kena dengan konsep permainan tersebut. Sebutkan sahaja game kesukaan anda kepada supplier kad kahwin anda, pasti mereka dapat memenuhi permintaan itu!

#27 – Kad Kahwin Juara Lagu – Dan Pemenangnya Ialah…

Source: Izphotography.com

Anda peminat setia rancangan Juara Lagu di TV3 dan tidak pernah ketinggalan menonton anugerah berprestij ini? Design kad kahwin diatas sememangnya sesuai dengan minat anda. Buatkannya kelihatan seolah-olah ia adalah kad jemputan ke anugerah tersebut ataupun anda juga boleh membuatkan designnya seperti cue card untuk pengacara program tersebut. Terpulang kepada skill kreativiti anda.

#28 – Kad Kahwin Whatsapp – Wedding Invite ke Group Whatsapp

Source: Pembinats.my

Ramai diantara kita yang menggunakan aplikasi Whatsapp. Ia bukan sesuatu yang asing. Namun, kad kahwin yang berbentuk seperti Whatsapp adalah sesuatu yang baru dan unik. Tak ramai yang pernah menggunakan design ini. Inilah peluang anda untuk menyinar dan mencuba sesuatu yang baru dan berlainan.

#29 – Kad Kahwin Youtube – Unik dan Mampu Menarik Perhatian

Source: Blogkadkahwin.blogspot.my

Lagi satu design kad kahwin yang kreatif dan unik adalah kad kahwin Youtube. Letakkan imej anda dan pasangan dan buatkan frame di sekeliling gambar supaya kelihatan macam video. Tukarkan perkataan “Youtube” kepada “YouMe”. Kami rasa ia mampu untuk menarik perhatian si penerima. Apa kata anda cuba?

#30 – Kad Kahwin Nikon I AM

Source: Kadkahwinlovely.com

Anda pernah dengar pasal kempen Nikon I AM? Kalau anda seorang fotografer ataupun peminat fotografi, mesti anda pernah. Kalau orang selalunya mencetak frasa “I AM” ini diatas t-shirt, apa kata anda gunakannya pada kad kahwin anda? Tidak ramai yang pernah buat. Andalah antara orang yang pertama!

Kami harap anda sudah mendapat inspirasi daripada 30 kad kahwin yang kreatif dan unik yang telah kami kongsikan diatas. Kalau anda teruja untuk mencuba salah satu design ini, kongsikan bersama kami. Kami ingin mendengar daripada anda! Seperti biasa, jangan lupa untuk ‘like’ dan ‘share’ artikel ini. Pasti ramai yang akan terhibur melihat kad-kad kahwin yang epik dan ‘rare’ diatas! Jangan lupa tengok juga kad kahwin yang simple dan cantik ataupun cari best supplier kad kahwin yang murah.

Comments

Leave a Reply