Acara pernikahaan adalah klimaks dalam sesuatu perjalanan perkahwinan. Selain baju pengantin, baju nikah juga perlu menyerlah dan cantik dipandang. Jika anda sedang mencari-cari idea stail baju akad nikah simple, anda berada di tempat yang betul. Di sini, kami ada 10 trend design baju pengantin terkini. Ianya ringkas tetapi masih lagi tampil menawan!

#1 – Baju Kurung Moden

Source: Deannacreations.wordpress.com

Ini adalah satu contoh baju nikah yang klasik. Ramai pengantin memilih design ini kerana ianya ringkas tetapi pengantin yang memakainya masih lagi kelihatan anggun. Ia terdiri daripada material kain silk berserta warna plain seperti putih atau warna-warna pastel. Veil yang sedondon juga akan dikenakan bagi stail sebegini.

Source: Thelifeofaten.blogspot.my

Untuk menaikkan lagi seri pengantin, baju kurung moden juga turut dihiasi dengan lapisan lace dan manik. Labuh bajunya jatuh hingga ke lutut dan renda di tangan turut menambahkan nilai-nilai eksklusif sesuatu baju kurung. Sememangnya stail baju nikah seperti ini simple dan elegan!

#2 – Baju Kebaya Moden

Source: Syalizslovebubbles.blogspot.com

Baju kebaya juga sering menjadi pilihan para pengantin wanita. Stail kebaya moden juga menawarkan rupa tradisional dan pada masa yang sama masih kelihatan moden apabila dipadankan dengan manik dan lace. Ia kemudiannya disesuaikan dengan loket-loket silver bagi melengkapkan rupa kebaya tersebut. Bagi design baju nikah ini, pengantin tidak perlu memilih hanya warna putih, mereka boleh bermain dengan warna terutamanya warna lembut atau pastel.

Source: Newsfahionista.com

Berbanding baju kurung mode, baju kebaya lebih pendek dibahagian atasnya. Kainnya juga sedikit mengembang, di mana ia memberikan sedikit rasa ‘playful’ kepada si pemakai. Kainnya juga berenda. Jika disarungkan pada hari pernikahan, pengantin perempuan tersebut akan nampak muda dan santai. Memang cantik!

#3 – Baju Jubah Ala Dress

Source: Honeykoyuki.blogspot.my

Bagi mereka yang inginkan konsep Islamik, ada juga stail baju nikah simple yang sesuai bagi tema ini – baju jubah. Ia bukanlah baju jubah biasa, namun mempunyai design baju pengantin ala-ala dress. Ianya berenda dan dihiasi dengan lace serta manik bagi menaikkan seri pengantin bagi yang memakainya.

Source: Cherryhugs.blogspot.my

Yang menariknya, apabila memakai baju nikah jubah ini, si pemakai boleh memilih untuk memakai veil kepala yang panjang dan tudung labuh menutup dada. Ia mengetengahkan ciri-ciri islamik dan sopan. Bagi stail ini, si pengantin lelaki pula boleh memilih sama ada untuk memakai baju melayu atau pun jubah. Memang akan masuk dan sedondon.

#4 – Baju Nikah Songket

Source: Hanasuva.com

Baju nikah songket juga merupakan lagi satu idea stail baju nikah 2017 yang sesuai untuk anda cuba. Ia dipakai oleh para pengantin secara turun-temurun dan tidak pernah kelihatan seperti ketinggalan zaman. Jika nak tahu, kain songket sangat berkualiti dan kadangkala, harganya boleh menjadi lebih mahal daripada baju nikah moden yang sedia ada!

Source: Pinterest.com

Sama seperti baju nikah moden yang lain, pilihan warna untuk songket juga tidak semestinya putih sahaja. Kadangkala, anda boleh menggunakan warna yang ceria seperti coklat, biru, kuning, hijau dan oren muda. Di lengannya pula, anda boleh gabungkan material lace dan manik untuk tampil eksklusif.

#5 – Baju Nikah Long Dress

Source: Trendbajupengantin.com

Bagi mereka yang ingin mengenakan dress panjang tetapi ingin mengenakan tudung, baju nikah ala long dress merupakan lagi satu stail baju nikah 2017 yang sesuai dengan anda. Ia merupakan one-piece attire dengan renda-renda di bahagian pinggang atau di bahagian bawah.

Source: Beautifulnara.com

Seperti baju nikah yang lain, tidak lengkap rasanya mempunyai baju dress tanpa sebarang manik atau lace. Dua aksesori ini penting untuk menaikkan seri sesuatu baju nikah itu. Di bahagian tangan, selalunya long dress ini mempunyai butang dan agak beropol. Sesuai jika dikenakan dengan tiara di kepala – bak permaisuri dari istana!

#6 – Baju Nikah Gaun Kembang

Source: Randomlynadia.com

Anda membayangkan majlis pernikahan sejak kecil dimana anda berpakaian seumpama seorang puteri? Inilah idea stail baju nikah yang sepadan dengan impian anda. Di bahagian atasnya, ia direka ketat di badan dan dihiasi dengan renda-renda atau design flab. Di sepanjang lengan tangan, kain lace boleh disisipkan untuk menambahkan lagi ciri-ciri eksklusif pada gaun tersebut.

Source: Photoworkstudio.weebly.com

Selain daripada cantik, design baju nikah ini sebenarnya membolehkan kita bergerak dengan lebih mudah. Bahagian kain di bawahnya kembang dan memberi banyak ruang kepada kaki. Ia juga amat sesuai untuk dijadikan baju pengantin semasa bersanding.

#7 – Baju Nikah Warna Terang Ala Fairytale

Source: Ayueidris.com

Antara selebriti Malaysia yang telah mempopularkan baju kahwin ala fairytale adalah Anzalna Nasir. Walaupun stail ini bukanlah satu kebiasaan untuk majlis nikah dan beliau memakainya ketika bersanding, namun beliau telah berjaya menaikkan seri baju dress tersebut dan tidak langsung kelihatan kekok ketika mengenakannya.

Source: Thecorystory.blogspot.my

Beliau telah memberikan inspirasi kepada bakal pengantin lain dengan idea sebegini. Bahagian bawahnya kembang dan panjang serta beropol dan warnanya sangat meriah! Beliau mengenakan veil yang panjang untuk melengkapkan rupa tersebut. Anda berani untuk mencubanya? Anda pasti kelihatan menawan di dalam baju pengantin terkini ini – sama seperti Anzalna!

#8 – Baju Nikah Blouse Beropol

Source: Thewednotebook.com

Ini lagi stail yang sesuai untuk pasangan muda. Rupanya sangat stylish di mana bahagian atas tampil pendek tetapi menawan dengan ropol-ropol kain yang berbuai apabila anda berjalan. Selalunya, material kain yang digunakan adalah sutera atau satin. Warna yang sesuai untuk baju nikah seperti ini ialah warna putih, kuning cream dan kelabu muda.

Source: Pinterest.com

Bagi trend baju nikah seperti ini, ia bukan sahaja dihiasi di bahagian hadapan. Bahagian belakangnya juga turut tampil dengan hiasan tersendiri. Antaranya adalah seperti butang, manik dan cebisan kain lace. Memang cantik!

#9 – Baju Nikah Dress Drape Meleret

Source: Imgrum.net

Lagi satu stail baju nikah yang akan menjadi trend terkini adalah baju kahwin dress meleret. Bahagian bawahnya panjang mengurai di atas lantai, atau dipanggil ‘drape’. Jika stail ini di pilih, mungkin anda memerlukan seorang dua pengiring untuk memastikan anda dapat berjalan dengan baik sepanjang majlis nikah.

Source: Hipwee.com

Bagi design baju pengantin ini, hiasan baju selalunya simple. Tiada lace berat di bahagian hadapan. Cuma mungkin ada beberapa hiasan manik untuk membuatkannya berkilauan. Namun, feshen tidak semestinya mengikut trend biasa. Jika anda inginkan ia menjadi sarat, terpulang kepada citarasa dan kreativiti anda dan pereka design anda!

#10 – Baju Nikah Lace Penuh

Source: Farisfakri.com

Baju nikah lace adalah satu design klasik buat para pengantin dan akan terus menjadi pilihan ramai. Design ini berjenis ‘timeless’. Ia selalu masuk dengan pelbagai jenis badan. Pemakainya pula tampil muda dan menawan. Sememangnya, ia telah menjadi satu stail baju pengantin terkini.

Source: Pinterest.com

Design baju nikah ini selalunya menggunakan material kain lace yang penuh dan ia sama ada digunakan di bahagian atas baju atau pun di bahagian bawah kain. Selalunya warna untuk stail baju nikah simple begini adalah warna putih atau kuning cair. Kita juga ada sediakan 15 idea warna baju untuk bridesmaid anda sebagai reujukan.

Jadi, macam mana? Cantik tak ideal stail baju akad nikah simple yang dikongsikan di atas? Ceduklah inspirasi daripada trend baju di atas ataupun melanggani koleksi supplier baju nikah kita dan tunjukkannya kepada pereka design anda atau pun mak andam yang telah anda pilih. Pasti anda akan kelihatan bak permaisuri di hari bersejarah anda nanti!

Comments

Leave a Reply