Walaupun terdapat banyak syarikat design kad kahwin yang menyediakan pakej kad kahwin yang menarik dan murah, namun tiada yang dapat menandingi kepuasan membuat template kad kahwin anda sendiri! Jadi, di sini kami ingin menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membuat kad kahwin DIY – mudah tetapi menarik!

Source: Apracticalwedding.com

Kenapa Anda Perlu Membuat Kad Kahwin DIY Anda Sendiri?

Ada beberapa sebab yang munasabah untuk anda membuat kad kahwin DIY tanpa menggunakan khidmat pereka grafik profesional. Antaranya ialah:

  • Anda mempunyai bajet yang terhad. Kos mengupah pereka grafik profesional adalah agak mahal. Walaupun ada pakej kad kahwin di pasaran yang memasukkan rekaan dan percetakan di dalam satu harga, jumlah kos tersebut masih tidak dapat melawan kos rendah membuat kad sendiri!

Source: Kraftingkreations.com

  • Anda seorang yang kreatif dan berjiwa seni. Jika anda telah diberikan bakat semulajadi dalam menghasilkan karya seni, mengapa perlu anda mengupah orang lain untuk membuatnya? Betul kan?
  • Anda inginkan sesuatu yang bersifat personal dan intim. Apabila anda membuat kad kahwin anda sendiri, kepuasannya ketika mencetak dan mengedar kad tersebut adalah sangat berbeza. Malahan, ia akan menjadi kenangan manis perkahwinan anda, sesuai untuk dijadikan bahan cerita kepada anak cucu anda nanti.

Apa yang Anda Perlukan untuk Membuat Template Kad Kahwin Sendiri?

Sebelum kita memulakan tutorial membuat template kad kahwin, jom kita lihat apa yang kita perlukan untuk menghasilkan kad kahwin yang kreatif dan cantik.

  1. Perisian Komputer seperti Mirosoft Word.
    1. Anda juga boleh menggunakan Microsoft Publisher, Photoshop atau GIMP. Semuanya terpulang kepada kemahiran dan kepakaran anda. Di dalam tutorial membuat kad kahwin DIY ini, kami akan menggunakan Microsoft Word kerana perisian ini lebih mudah diperolehi di Windows OS.

Source:Nmi-club.org

  1. Mesin Pencetak seperti Canon, Brothers, HP, dan sebagainya.
  2. Kertas kad kahwin.
    1. Jenis kad kad kahwin ini terpulang kepada anda. Sama ada anda ingin menggunakan kertas A4 berwarna (jimat tetapi masih lagi menarik) atau membeli kertas kad khas di kedai kraf/seni.
  3. Talian internet yang laju dan stabil.
  4. Aksesori kad kahwin sebagai hiasan tambahan seperti pen berwarna, kertas doly, reben, tali, dan sebagainya.
  5. Sedikit kreativiti dan jiwa seni… *wink*wink*

Tutorial Membuat Kad Kahwin Sendiri

Apabila anda sudah menyediakan semua peralatan di atas, sekarang adalah masa untuk membuat kad kahwin anda sendiri! Kami akan menunjukkan kepada anda cara buat kad kahwin guna Microsoft Word.

Langkah #1 – Cari dan Pilih Template Kad Kahwin di Microsoft Word

Buka Microsoft Word, klik ‘New’, kemudian ‘Template’. Jika pilihan Template tidak menunjukkan sebarang pilihan kad kahwin, klik ruangan ‘Search’ di atas dan taip “Wedding Card.”

Langkah #2 – Muat Turun Template Kad Kahwin Pilihan Anda

Apabila pilihan Kad Kahwin mula kelihatan, pilih mana-mana template yang anda suka. Ada banyak contoh kad jemputan kahwin yang boleh anda pilih. Di dalam tutorial ini, kami akan memilih template ‘Save the Date Card’.

Ia merupakan sampel kad yang mempunyai hiasan ringkas menggunakan tema berwarna putih/emas.

Anda boleh memilih kad-kad lain seperti Save the Date dengan tema berwarna hitam/putih, merah, kad RSVP, dan pelbagai lagi.

Apabila anda sudah membuat pilihan template kad kahwin Microsoft Word, jom kita mula belajar cara buat kad kahwin. Klik template dua kali atau klik ‘Create’ untuk memulakan proses muat turun (sebab inilah anda memerlukan talian internet yang laju dan stabil!).

Microsoft Word akan ‘restart’ semula dan template anda akan kelihatan sebagai New Document. Jangan lupa untuk ‘save’ ya!

Langkah #3 – Masukkan Maklumat Majlis Perkahwinan Anda

Template asal selalunya mempunyai maklumat yang terhad. Sekarang, anda akan mula melakukan proses ‘edit’.

Mulakan edit dari atas. Masukkan kata-kata aluan atau pengenalan majlis. Sebagai contoh: “Undangan Walimatul Urus”.

Anda juga boleh teruskan dengan menukar nama pengantin.

Langkah #4 – Masukkan Gambar dan Text Box

Selain menggunakan gambar di dalam template, anda juga boleh memasukkan gambar pilihan anda sendiri.

Di dalam tutorial ini, kami memilih untuk memasukkan kerawang bunga untuk diletakkan di bahagian bawah muka hadapan kad kahwin DIY ini.

Caranya ialah dengan menekan butang ‘Insert’, pilih ‘Pictures’, dan klik ‘Pictures from File’.

Selepas anda memilih gambar, susun mengikut kesesuaian supaya kad anda menjadi lebih unik dan cantik.

Selain daripada gambar, anda juga turut boleh memasukkan tulisan tambahan. Caranya adalah dengan memilih ‘Insert’, klik ‘Text’, dan letakkan Text Box di tempat yang anda mahukan.

Untuk tutorial ini, letakkan text box tersebut di halaman kedua. Di sini, anda perlu masukkan kata-kata jemputan, nama ibu bapa pengantin serta maklumat majlis perkahwinan.

Selain itu, masukkan juga maklumat majlis perkahwinan untuk menghasilkan contoh kad jemputan yang lengkap:

  • Alamat majlis (sama ada di kediaman anda sendiri atau di dewan serbaguna)
  • Aturcara majlis berserta waktunya
  • GPS lokasi
  • Nombor telefon ahli keluarga untk dihubungi (jika sesat ketika mencari lokasi majlis)

Kad kahwin DIY yang lengkap akan kelihatan seperti ini:

Apabila anda telah selesai mereka kad kahwin, mulakan proses mencetak. Seperti yang dinyatakan di atas, ada banyak jenis kad kahwin yang boleh anda gunakan. Ia semuanya terpulang kepada citarasa dan bajet anda.

Anda juga boleh memilih untuk memuatnaik template tersebut ke laman web atau blog anda, dan menjadikan cara buat kad kahwin free download untuk tatapan pembaca lain.

Berikut adalah contoh kad kahwin yang telah siap dicetak di atas kertas cetak A4:

Siapkan Kad Kahwin DIY – Serlahkan Kreativiti Anda dan Hias!

Selepas mencetak, tambahkan sedikit hiasan untuk menambah seri pada kad. Ikat tali atau reben pada sampul. Ataupun, balut kad anda dengan kad minyak dori atau kertas kraft. Pilihan hiasan lain adalah kain lace.

Source: Hanissania.blogspot.com

Kami berharap anda telah mendapat manfaat daripada tutorial membuat template kad kahwin ini dan membantu dalam perancangan kad kahwin anda. Cuba cara membuat kad kahwin di atas hari ini dan hasilkan satu ‘masterpiece’ yang akan menjadi tatapan ramai tetamu majlis perkahwinan anda nanti.

Yang pastinya, jangan takut dan segan untuk menggunakan kreativiti anda, anda juga boleh merujuk contoh design kad kahwin. Kata kunci utama dalam menghasilkan kad kad kahwin DIY yang menarik ialah: ringkas itu indah. Jika anda mempunyai kad jemputan kahwin template sedia ada, kongsikannya bersama-sama kami. Selamat mencuba!

Comments

Leave a Reply