Selain daripada pasangan pengantin itu sendiri, gadis pengapit atau bridesmaid juga turut mencuri perhatian ketika majlis perkahwinan berlangsung. Mereka umpama geng entourage untuk si mempelai dan membantu dalam memeriahkan majlis tersebut. Sudah pastinya, kita inginkan gadis pengapit yang menawan, maka jom tengok 15 idea warna baju bridesmaid yang boleh anda pilih!

Putih/Coklat Muda

Source: Manggistv

Antara idea warna baju untuk bridesmaid melayu (dan juga dulang boys) yang selalu menjadi pilihan ramai adalah warna putih. Tona warna seperti ini mudah untuk dipadankan dengan apa sahaja tema atau konsep majlis perkahwinan tersebut. Namun untuk mempelbagaikan sedikit rupa bridesmaids, ia bolehlah diserikan dengan gabungan kain atau sampin berlainan warna. Seperti contoh, gabungan putih dan coklat muda.

Biru Turquoise

Source: Pinterest.com

Bagi bakal raja sehari yang inginkan konsep warna yang terang, antara idea warna baju pengapit pengantin yang boleh anda pilih adalah gabungan warna biru turquoise dan pink atau oren. Dondonan warna seperti ini pernah menjadi fenomena beberapa tahun lepas dan pilihan ini akan terus popular buat beberapa tahun akan datang. Warna turquoise dan oren ini mengingatkan kita kepada….bumblegum!

Putih Hijau

Source: Kahwin.sg

Dengan blouse serba putih daripada kain satin yang berkilat, kemudian dipadankan dengan kain bercorak batik Sarawak berwarna hijau muda, para bridesmaid melayu sememangnya akan kelihatan muda dan cantik. Tambah-tambah lagi jika dipakai beramai-ramai. Apabila blouse putih dikenakan, maka amat mudah untuk mencari tudung yang sesuai – pilih sahaja warna lembut, ia pasti masuk!

Coklat Belacan

Source: Pinterest.com

Lagi satu pilihan warna baju pengapit pengantin adalah warna coklat belacan. Tona coklat jenis ini tidaklah terlalu pekat sehingga nampak suram. Dan tidak terlampau cerah sehingga hilang seri. Yang pastinya, kain berwarna coklat belacan ini amat mudah untuk dipadankan dengan beberapa warna lain seperti kuning muda, coklat muda dan juga kain bercorak.

Merah Maroon + Songket

Source: Azhafizah.com

Kadangkala, baju sedondon bridesmaids tidak perlulah nampak kosong sahaja. Apa kata anda pilih kain bercorak songket disertakan dengan warna yang terang seperti merah maroon. Ia akan memberikan ‘pop’ kepada warna anda namun masih lagi kelihatan cantik dan classy. Jika kain songket menjadi pilihan anda, apa kata anda cuba design baju bridesmaid berbentuk kebaya moden – pasti cantik dan mendapat pujian ramai!

Pink Muda

Source: Fazrin Mazlan

Lagi satu rekaan warna baju bridesmaids melayu yang ringkas dan elok dipandang adalah warna pink atau merah jambu. Gadis-gadis pengapit anda pasti akan nampak lebih feminin dan ayu dengan pilihan warna ini. Ia boleh dijadikan pelbagai design baju bridesmaid seperti baju kurung moden, jubah dan dress panjang. Ia juga sangat masuk dengan baju pengantin peach, krim cair, atau putih, termasuklah baju pengantin warna pastel!

Biru Royal

Source: Pinterest.com

Bagi tona warna yang nampak kaya dan eksklusif, warna biru royal juga semakin mendapat tempat di hati ramai para pengantin. Ada yang memilih warna royal blue ini sebagai warna tema majlis dan ada juga yang menjadikannya warna tema untuk baju bridesmaid melayu dan dulang boys. Jika dikenakan dengan tudung putih atau sampin putih, ia akan menghasilkan satu gabungan yang ‘meletup’!

Kuning Cair

Source: Cargocollective.com

Bagi mereka yang gemarkan warna kuning dan ingin menjadikannya warna tema untuk gadis pengapit anda, apa kata anda pertimbangkan warna kuning cair. Tona ini sangat lembut dan sangat sesuai dijadikan blouse atau baju kurung. Ia boleh dibiarkan kosong atau untuk menyerlahkannya lagi, hiaskan dengan ikatan reben di pinggang, kenakan dengan tudung putih, atau dijahit manik dan lace. Gadis bridesmaid melayu pasti akan tampil sweet dan comel!

Biru Terang

Source: Miasuraya.com

Ini lagi satu pilhan warna baju bridesmaid melayu yang simple dan terang – warna biru terang atau bright baby blue. Warna seceria ini amat sesuai dipadankan dengan baju pengantin warna peach, putih atau krim cair. Tetapi, jika warna baju pengantin anda terlalu terang, takut-takut warna biru ini akan membuatkan anda kelihatan ‘busy’ dan kelam-kabut. Jadi, berhati-hati apabila memilih warna ini.

Peachy Pink

Source: Pinterest.com

Selain pink, ada lagi satu idea warna baju bridesmaid melayu yang akan menaikkan seri tema warna putih atau baju pengantin peach anda iaitu warna peachy pink. Ia adalah satu warna yang feminin dan sangat cantik jika dipadankan dengan warna perak atau silver. Pilih lapisan kain lace berwarna perak untuk digabungkan dengan kain berwarna peach pink anda. Memang mempesonakan!

Kelabu Metalik

Source: mforum.cari.com.my

Tidak ramai yang tahu bahawa warna kelabu metalik sangat sesuai digabungkan dengan kain bercorak floral atau abstrak. Ia merupakan satu gabungan yang stylish dan akan nampak mahal jika dikenakan dengan betul. Apa kata anda pilih warna baju seperti ini dan padankannya dengan design baju bridesmaid kebaya moden. Si gadis pengapit pasti mencuri perhatian ramai.

Oren + Berkain Batik

Source: Thebridedept.com

Kain bercorak batik sememangnya nampak indah apabila dipakai oleh golongan wanita. Ambil inspirasi daripada warisan tradisional Melayu dan jadikan ia sebagai baju bridesmaid anda. Padankan kain batik anda dengan kain berwarna terang seperti oren. Lengkap rupa klasik Melayu para bridesmaids melayu anda dengan memakai loket berwarna perak di dada. Mereka pasti akan kelihatan ayu dan menyerlah ketika majlis anda itu nanti.

Pink Pekat

Source: Ohbulan.com

Warna merah jambu pekat atau dark pink telah menjadi pilihan artis popular Malaysia, Nora Danish, dan gadis bridesmaidsnya yang lain ketika menjadi gadis pengapit untuk perkahwinan Zarema Zainal. Warna ini sangat terang dan cukup menyerlah. Disebabkan itu, tidak perlu rasanya ia dihiasi dengan sebarang corak yang penuh – takut akan kelihatan sarat. Cukup dengan kain yang kosong dan dibuat baju kurung atau long dress. Cantik sangat!

Hijau Pastel Terang

Source: Pinterest.com

Warna hijau pastel terang juga turu menjadi salah satu daripada idea warna baju untuk bridesmaids melayu yang menarik. Ia tampil dengan warna yang cerah, memberikan seri kepada majlis si mempelai. Para bridesmaid juga boleh mengenakan warna tudung yang sama tetapi dengan warna lembut agar nampak sedikit kelainan. Para dulang boys juga boleh menjadikan warna yang sama sebagai baju melayu atau sampin.

Floral Ungu Muda

Source: Surahelmee.blogspot.my

Ketika majlis pertunangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, mereka telah memilih warna light purple dan floral top untuk dijadikan design baju bridesmaid. Warna ini juga sememangnya boleh dijadikan inspirasi oleh bakal pengantin di luar sana. Tambahan pua, ia sangat masuk dengan baju pengantin warna peach dan pink muda. Gabungan warna light purple, peach dan light pink memang menjadi dan nampak sangat eksklusif dan mahal. Yang pastinya, ia pasti mudah untuk dipadankan dengan tudung warna lembut.

Apa pendapat anda tentang 15 idea warna baju pengapit pengantin atau bridesmaids di atas? Sememangnya, ada banyak lagi gabungan warna yang anggun di luar sana. Jika anda ada sebarang idea lain, kongsikan bersama kami di sini!

Comments

  1. Hello blogger, i must say you have very interesting articles here. Your website can go viral. You need initial traffic boost only. How to get it? Search for: make your content go viral Wrastain's tools

Leave a Reply